ezBiz SSM: Cara Mudah Renew SSM Secara Online

2,741

Untuk pengetahuan para peniaga yang memiliki perniagaan sendiri dan telah membuat pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda sebenarnya boleh membuat pembaharuan lesen SSM secara atas talian menerusi sistem yang disediakan.

Kini anda tidak perlu lagi menghadirkan diri ke pejabat SSM atau kaunter untuk membuat urusan pembaharuan lesen. Pembaharuan dapat dijalankan secara atas talian dan sijil SSM akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 24 jam sahaja.

Baca juga: Permohonan Geran RM3000 Prihatin GKP

Mudahnya nak renew SSM sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat dan cara untuk anda renew (perbaharui) lesen SSM secara online.

SYARAT RENEW LESEN SSM ONLINE

Antara syarat untuk perbaharui lesen SSM adalah:

  • Permohonan hanya boleh dilakukan oleh pemilik syarikat/ bisnes atau orang yang bertanggungjawab.
  • Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pembaharuan.
  • Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semua perniagaan tersebut.

CARA RENEW SSM SECARA ONLINE

Berikut adalah langkah-langkah membuat pembaharuan lesen SSM secara online serta maklumat penting untuk panduan semua.

  1. Layari laman web Sistem Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM
  2. Selepas mengakses pautan di atas klik RENEW SEKARANG
    ezBiz
  3. Di bawah ruangan Renew SSM Online, isikan maklumat-maklumat penting termasuk: Jumlah Tahun (Berapa tahun yang diperlukan untuk memperbaharui lesen SSM), Perlukah Maklumat Perniagaan? (Pilih sama ada anda memerlukan maklumat perniagaan atau tidak)
  4.  Isi ruang Lewat Renew? (Pilih sama ada lesen SSM anda telah melebihi tempoh atau tidak)
  5. Jumlah bayaran yang perlu dibuat akan dipaparkan  di Subtotal dan Yuran Proses
  6. Klik SETERUSNYA

  7. Di bahagian BILLING DETAILS, isikan maklumat penting yang merangkumi nombor pendaftaran syarikat, nama syarikat, nama anda, nombor telefon, alamat emel dan maklumat tambahan.
  8. Tandakan petak yang menandakan anda bersetuju dengan terma dan syarat
  9. Klik PAY WITH BILLPLZ

  10. Selesai membuat bayaran, dokumen akan diberikan terus kepada anda menerusi emel dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

CAJ YANG DIKENAKAN

Pembaharuan Lesen (Harga termasuk caj servis)

  • Trade Name = RM60 setahun
  • Cawangan = RM 5 setahun untuk setiap cawangan
  • Maklumat perniagaan = RM10

Servis Caj (Yuran Proses)

  • RM45 per transaksi

Untuk maklumat lanjut berkaitan Renew SSM Online (perbaharui Lesen Perniagaan), hubungi talian 016-979 7694 (WhatsApp/SMS/Telegram) atau email ke [email protected].

Baca: Cara Keluarkan Wang KWSP Akaun 1 dan 2

Dengan adanya sistem SSM online ini, urusan pendaftaran atau pembaharuan lesen SSM anda lebih mudah kerana anda tidak perlu lagu bersusah payah mendapatkan nombor giliran di kaunter atau pejabat SSM. Selamat mencuba!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image