Info Kerjaya Malaysia

BSN Tawar Penangguhan Sementara Pembayaran Pinjaman Akibat COVID-19

273

Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan bahawa pelanggan-pelanggannya boleh memohon untuk penangguhan sementara pembayaran pinjaman yang terjejas berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19).

“BSN komited untuk terus membantu para pelanggan kami terutamanya dalam saat-saat seperti ini. Atas dasar itu, kami menawarkan moratorium sehingga enam (6) bulan untuk bayaran ansuran bulanan berkuat kuasa hari ini ke atas semua pembiayaan pelanggan kami yang terjejas akibat pandemik ini,” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.

“Kepada pelanggan-pelanggan kami terutamanya yang diwajibkan bercuti tanpa gaji, mereka yang melakukan perjalanan harian untuk bekerja ke Singapura atau Thailand serta pelanggan-pelanggan mikro BSN yang terjejas agar menghubungi BSN bagi memohon penangguhan sementara pembayaran ini. Sebagai sebuah bank yang prihatin, BSN sentiasa memastikan keperluan pelanggannya diutamakan,” tambah beliau lagi.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 untuk keterangan lanjut.

Februari lalu, BSN telah mengumumkan menawarkan penangguhan sementara pembiayaan pelanggannya yang mungkin terjejas kerana tidak dapat berurusan dengan pembekal tertentu akibat penularan wabak ini di negara-negara yang berisiko.

Sumber

close-image