Info Kerjaya Malaysia

Pembiayaan Mudah Bumiputera Penjana PUNB & MARA. Mohon Sekarang

6,271

Pembiayaan Mudah Bumiputera PENJANA

Jika anda mendengar dengan teliti semasa pengumuman PENJANA oleh YAB Perdana Menteri, terdapat bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Dikongsikan disini syarat kelayakan untuk memohon dan beberapa maklumat lanjut berkaitan permohonan pembiayaan.

Agensi Terlibat

Terdapat dua jenis agensi yang terlibat dalam pembiayaan mudah bumiputera ini iaitu :

  • MARA
  • PUNB

Mengenai MARA

MARA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Ia diwujudkan bertujuan menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan kepada usahawan.

Syarat Kelayakan Pinjaman MARA

Syarat kelayakan bagi pinjaman di bawah MARA ialah :

  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran pihak berkuasa.
  • Mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi.
  • Jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan, anda mesti mengikuti kursus keusahawanan.
  • Modal pemohon pinjaman mestilah 10% daripada kos projek.
  • Menjalani ujian psikometri (kecuali skim pinjaman tertentu).
  • Berpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan.

Mengenai PUNB

PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Syarat Kelayakan Pinjaman PUNB

  • Entiti Milikan Tunggal  / Perkongsian / Syarikat Diperbadankan.
  • Modal permulaan minimum 10%.
  • Syarikat / perniagaan telah beroperasi minimum 18 bulan
  • Rekod perniagaan / kewangan dikemas kini

Anda boleh melayari portal rasmi PUNB mengenai pembiayaan yang disediakan di pautan berikut : PORTAL RASMI PUNB

Atau layari https://e-borang.punb.com.my/ untuk permohonan pembiayaan anda.

Pembiayaan Mudah Bumiputera PENJANA PUNB & MARA. Mohon Sekarang

Maklumat & Info Selanjutnya

Anda boleh dapatkan info selanjutnya mengenai program ini di saluran berikut :

MARA

Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur

  • Telefon : 03-2613 2543 / 03-2613 2544
  • Portal rasmi MARA : mara.gov.my.

PUNB

Pusat Khidmat Pelanggan

close-image