Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Manfaat Pelantar Pembelajaran Digital KPM Semasa Di Rumah

2,316

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, apakah aktiviti yang anda lakukan di rumah?Perkongsian ini adalah cadangan bagi pelajar dan guru yang berada di rumah dan tidak menjalankan apa-apa jenis pembelajaran. Siapa cakap kita tidak boleh belajar dari rumah?

Dengan kemudahan gadget yang ada Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggunaan Pelantar Pembelajaran KPM MOE-DL yang boleh dimanfaatkan oleh murid untuk pembelajaran dalam talian.

Ketahui lebih lanjut mengenai pembelajaran secara digital ini di perkongsian bawah.

PELANTAR PEMBELAJARAN MOE-DL

Pelantar MOE-DL menyediakan akses kepada buku teks digital, koleksi buku Perpustakaan Negara Malaysia, video pembelajaran (EduwebTV/CikgooTube) dan KPM Play ( permainan berasaskan pendidikan secara online dan offline)

Bukan itu sahaja, MOE-DL turut menyediakan pautan aplikasi seperti WolframAlpha (enjin jawapan), Tinkercad (reka bentuk dan coding) dan sebagainya yang boleh diakses oleh murid.

Selain itu terdapat 13.2 koleksi digital yang boleh diakses melalui pautan Portal u-Pustaka juga boleh dibuka melalui pelantar ini.

Klik sini untuk akses ke MOE-DL

Keistimewaan Aplikasi Kelas Dalam Talian

Berikut adalah beberapa keistimewaan yang akan diperoleh murid dan guru dengan aplikasi kelas dalam talian.

  • Menyediakan kelas interaktif (sesi soal jawab)
  • Perkongsian bahan pengajaran
  • Tugasan dalam talian
  • Perkongsian bahan pembelajaran

Dengan kemudahan aplikasi ini, guru dan murid dapat berinteraksi secara tidak langsung. Walapun begitu, murid akan mendapat manfaat apabila belajar dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini manakala guru akan dapat menyampaikan ilmu  dan berkongsi bahan pembelajaran dengan mudah melalui aplikasi ini.

Manfaat Dan Kelebihan Mengikuti Webinar

Antara manfaat dan kelebihan yang murid dan guru akan peroleh apabila mengikuti webinar adalah

  • Dapat diikuti sepanjang masa
  • Sesi interaksi secara langsung (video atau teks perbualan)
  • Menyediakan maklumat dan infografik aplikasi PdP

Dengan mengikuti Webinar ini pula, murid dan guru berpeluang melihat antara satu sama lain atau berinteraksi secara langsung iaitu dengan video atau teks perbualan. Webinar ini akan memudahkan guru menyampaikan pembelajaran yang penting kepada murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para murid dan guru untuk terus menjalankan sesi pembelajaran ketika berada di rumah. Jangan fikir Perintah Kawalan ini adalah satu percutian sebaliknya gunakannya dengan penuh manfaat. Pada zaman teknologi sekarang, tiada halangan untuk kita terus belajar di mana jua kita berada.

close-image