Info Kerjaya Malaysia

Kerajaan Perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) Dengan Tema Bersama Menjana Ekonomi – PM Muhyiddin Yassin

2,337

Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion – PM @MuhyiddinYassin

  • Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020 – PM @MuhyiddinYassin
  • 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia – PM @MuhyiddinYassin
  • Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan – PM @MuhyiddinYassin
  • Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS – PM @MuhyiddinYassin
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang – PM @MuhyiddinYassin
  • Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan – PM @MuhyiddinYassin
  • Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta
  • Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah
  • Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah
  • Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai
  • Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta
  • Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020
  • Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta
  • RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini

Anda boleh download teks ucapan penuh di bawah.

Di bawah video pengumuman PM sebentar tadi.

close-image