Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : Pelajar Luar Negara Dibenarkan Sambung Pengajian, Daftar Pengajian

700

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : Pelajar Luar Negara Dibenarkan Sambung Pengajian, Daftar Pengajian

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian.

Tidak Perlu Mohon Kelulusan Jabatan Imigresen

Para pelajar tidak perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen untuk menyambung pengajian termasuk mendaftar pengajian di luar negara.

Namun, para pelajar perlu mengemukakan bukti seperti kad pelajar dan surat tawaran menyambung pengajian terlebih dahulu.

Had & Jumlah Pengiring

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

  • Hanya 2 orang sahaja (ibu bapa/ ahli keluarga) yang dibenarkan untuk menghantar dan menemani anak-anak ke luar negara.
  • Pelajar dan pengiring yang pulang ke Malaysia pula perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : Pelajar Luar Negara Dibenarkan Sambung Pengajian, Daftar Pengajian

Sementara itu, Ismail Sabri menyeru orang ramai memanfaatkan e-Census yang akan tamat pada 30 Sept ini bagi mengurangkan kadar interaksi banci secara bersemuka yang akan berlangsung mulai 7 Okt depan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : Pelajar Luar Negara Dibenarkan Sambung Pengajian, Daftar Pengajian

Jom klik sini untuk membuat banci secara online melalui portal e-Cencus sebelum tarikh tamat pada hujung bulan September ini.

Sumber : BERNAMA

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image