e-CENCUS Banci Malaysia 2020. Ini Cara Daftar Dan Jawab Soalan Selidik Online

4,518

e-CENCUS Banci Malaysia 2020

Bermula 7 Julai 2020 Jabatan Perangkaan akan melancarkan Banci 2020 untuk mengumpulkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci.

Data ini akan menjadi sumber utama dan pennting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.

Fasa Perlaksanaan

Banci 2020 ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa  iaitu :

  • Fasa Pertama : 7 Julai hingga 30 September 2020 dalam talian/e-Cencus
  • Fasa Kedua : 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temuramah bersemuka.

eCENCUS Banci Malaysia 2020. Ini Cara Daftar Dan Jawab Soalan Selidik Online

Invitation Code Soal Selidik e-CENCUS Banci Malaysia 2020

Anda akan menerima poskad bancian visual yang diedarkan ke rumah-rumah mulai 6 Jun 2020.

Anda akan lihat tulisan INVITATION CODE pada poskad tersebut seperti contoh dibawah :

eCENCUS Banci Malaysia 2020. Ini Cara Daftar Dan Jawab Soalan Selidik Online

Cara Menjawab Soal Selidik e-CENCUS Banci Malaysia 2020

Untuk menjawab soal selidik menggunakan sistem eCENCUS, anda perlu :

  • Klik sini : e-CENCUS
  • Klik butang PENDAFTARAN untuk mendaftar e-CENCUS dan kemaskini maklumat seperti nama penuh, emel dan nombor telefon bimbit.
  • Klik YA pada ADAKAH ANDA MEMPUNYAI INVITATION CODE?
  • Masukkan kod INVITATION CODE dan klik DAFTAR.
  • Daftar dengan menggunakan ONE TIME PASSWORD (OTP).
  • Masukkan NOMBOR TELEFON yang didaftarkan dan klik LOG MASUK. Masukkan nombor OTP yang diterima.
  • Kemudian masukkan NOMBOR PENGENALAN DIRI yang sah dan klik SETERUSNYA.
  • Sila jawab SEMUA soalan dan klik SETERUSNYA dan SAHKAN.
  • Notifikasi akan dihantar melalui EMEL kepada anda.

eCENCUS Banci Malaysia 2020. Ini Cara Daftar Dan Jawab Soalan Selidik Online

Pra Pendaftaran e-CENCUS

Bagi anda yang tidak menerima sebarang poskad, anda boleh membuat PRA PENDAFTARAN e-CENCUS mulai 7 Julai sehingga 23 September 2020 untuk mendapatkan INVITATION CODE.

eCENCUS Banci Malaysia 2020. Ini Cara Daftar Dan Jawab Soalan Selidik Online

Info & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai e-CENCUS ini, anda boleh menghubungi Jabatan Perangkaan menerusi saluran berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image