Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda? Jawab Soalan Ini Begini Ya

848

Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda? Jawab Soalan Ini Begini Ya

Bersediakah anda dengan soalan-soalan temuduga yang agak mencabar dan disoalkan kepada anda ketika sesi temuduga nanti? Soalan-soalan yang mencabar ini, bertujuan untuk menilai tahap kecerdasan seseorang calon dan juga menilai tahap kreativiti seseorang calon dalam memberikan jawapan bagi soalan yang mencabar serta spontan daripada panel penemuduga.

Ingin tahu topik-topik penting yang perlu dibaca sebelum temuduga terutamanya bagi temuduga kerajaan? Baca disini dan confirm anda boleh jawab soalan temuduga dengan anda.

Bagaimanakah Menjawab Soalan “Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda?”

Sebentar, pastikan anda dalam keadaan yang rasional untuk menjawab soalan ini. Jika anda dalam keadaan yang emosi tidak baik, khuatir juga anda menjawab soalan ini dengan penuh perasaan negatif sehingga menyebabkan penemuduga tidak sependapat dengan anda serta memberikan pandangan yang tidak baik terhadap anda.

Cara untuk menjawab soalan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Sentiasa bersikap jujur ketika memberikan jawapan berkaita soalan ini.
  • Elakkan daripada memberi alasan negatif yang melibatkan indivdu lain untuk nampak lebih profesional.
  • Hindarkan daripada memberi jawapan yang menyalahkan orang lain kerana ia menunjukkan anda yang mempunyai masalah dan bukan orang lain.
  • Jawab dengan ringkas dan elakkan daripada bercerita sebagai mangsa keadaan ketika menjawab soalan ini.
  • Sentiasa bercerita dari sudut positif seperti pengalaman-pengalaman baru yang anda perolehi ketika bekerja di tempat lama.

Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda? Jawab Soalan Ini Begini Ya

Contoh Jawapan Untuk Soalan “Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda?”

Berikut adalah beberapa contoh jawapan bagi soalan “Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda?” :

Perubahan Kerjaya

” Saya ingin mengembangkan kerjaya saya ke tahap yang lebih baik dan ingin mendapatkan jawatan yang sesuai dengan matlamat kerjaya saya. Jadi, segala kemahiran yang saya ada akan disumbangkan kepada syarikat seterusnya mengembangkan kerjaya saya sekiranya diberi peluang oleh pihak Tuan / Puan.”

Perkembangan Kerjaya Dengan Lebih Profesional

“Saya ingin meneroka cabaran serta ilmu baharu dalam dunia pekerjaan mengikut peredaran zaman dari semasa ke semasa dan peluang yang diberikan ini sangat menepati plan kerjaya saya. Saya juga ingin mengembangkan kerjaya saya ke tahap yang lebih profesional untuk kemajuan pekerjaan saya.”

Kerja Dan Kemahiran Baharu

“Pekerjaan yang lalu memberikan saya banyak pengalaman tetapi saya ingin tambahkan lagi kemahiran baharu seperti mana kehendak majikan pada masa kini. Saya juga ingin menjadi seorang yang pakar dalam bidang pekerjaan saya dan oleh itu, saya perlu melakukan sesuatu agar matlamat kerjaya saya dapat dicapai seiring dengan perubahan masa.”

Jika Anda Dipecat

“Pekerjaan saya sebelum ini tidak begitu sesuai dengan kemahiran dan kelebihan yang ada pada saya. Namun, pekerjaan yang lalu memberikan saya terlalu banyak pengalaman dan saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya agar mencapai kehendak syarikat. Jika diberi peluang, saya akan menjadi seorang calon yang terbaik buat syarikat dan akan menyumbangkan segala ilmu serta kemahiran yang ada pada saya.”

Inginkan Pendapatan Yang Lebih Baik

“Sebagai seorang pekerja, saya sentiasa mengutamakan kehendak majikan dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Saya membuat tugasan serta bekerja lebih masa seperti mana yang dikehendaki oleh majikan sebelum ini. Selaras dengan pengalaman saya yang melebihi 3 tahun bekerja, saya juga inginkan perkembangan dari segi pendapatan yang bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada saya.”

Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Pekerjaan Lama Anda? Jawab Soalan Ini Begini Ya

Mahukan soalan-soalan yang agak mencabar ketika sesi temuduga serta contoh jawapan untuk rujukan anda? Dapatkan sahaja disini, baca dan jadikan ia sebagai panduan untuk anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image