Info Kerjaya Malaysia

Pekerja Yang Bekerja Di Negara Jiran Dilarang Ulang-Alik – MKN

210

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia tidak dibenarkan berulang-alik secara harian.

Ini dinyatakan MKN dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini bagi menjawab soalan-soalan lazim berhubung pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dalam usaha mencegah penularan baharu wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat.

Baca juga: Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan

Ia berkuat kuasa mulai esok hingga 31 Mac.

Antara soalan yang dijawab MKN ialah sama ada individu yang bekerja di Singapura dibenarkan berulang-alik ke tempat kerja di republik itu.

MKN memberikan jawapan berikut: “Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara.

Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia tidak dibenarkan keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.

Baca: COVID-19: Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac? Baca Ini Hak Anda Pekerja

Perintah yang dikeluarkan itu antara lain mengenakan sekatan menyeluruh bagi semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara, dan mereka yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

Ia juga menyaksikan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke negara ini.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. – MalaysiaGazette

close-image