Info Kerjaya Malaysia

Pekerja Muda Celik Teknologi Lebih Menarik Minat Majikan, 87% Pekerja Sedia Jalani Latihan Semula

931

Pekerja Muda Celik Teknologi Lebih Menarik Minat Majikan

Berikutan kebanyakan majikan lebih berminat dengan pekerja muda yang celik dan mahir dengan teknologi terkini, sebanyak 87% pekerja di Malaysia bersedia untuk menjalani latihan semula untuk kekal relevan dalam pasaran pekerjaan.

Berdasarkan kaji selidik terkini Workmonitor oleh Randstad, 87 peratus pekerja di Malaysia khususnya pekerja Generasi X, membabitkan responden berusia 35 hingga 44 tahun bersedia menjalani latihan semula untuk kekal relevan.

Pekerja Muda Celik Teknologi Lebih Menarik Minat Majikan,87% Pekerja Sedia Jalani Latihan Semula

Pelaburan Syarikat Dalam Teknologi

Terkini, kebanyakan syarikat di Malaysia membuat pelaburan yang besar dalam teknologi sebagai salah satu strategi untuk memulihkan ekonomi masing-masing dengan lebih pantas.

Namun ianya agak berisiko untuk melebarkan jurang antara jangkaan majikan terhadap staf masing-masing kerana secara realisitiknya tidak semua staf yang sedia ada mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi terkini.

Melengkapkan Kakitangan Dengan Kemahiran Teknologi Terkini

Untuk mengatasi masalah ini, majikan perlu melengkapkan kakitangan masing-masing-masing dengan kemahiran yang terkini untuk persediaan akan datang serta dapat mengelakkan masalah pengangguran.

Majikan juga banyak mengambil pekerja yang lebih muda dan lebih mahir menggunakan peralatan digital serta software dan aplikasi terkini seiring dengan perubahan teknologi yang berlaku kini.

Pekerja Muda Celik Teknologi Lebih Menarik Minat Majikan,87% Pekerja Sedia Jalani Latihan Semula

Walaupun pekerja muda mampu menarik perhatian majikan kerana mahir dalam pengetahuan teknologi, tetapi majikan tidak boleh terlalu bergantung kepada mereka.

Ini kerana pekerja muda ini tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam selok belok pekerjaan dalam sektor korporat terutamanya penyediaan bajet atau pengurusan projek yang biasa dilakukan oleh pekerja lama yang lebih mahir.

Sumber : Harian Metro

close-image