Info Kerjaya Malaysia

Ini Pautan Alternatif LHDN Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Membuat Pendaftaran & Semakan Bantuan Prihatin Nasional

21,668

Memandangkan semakan status dan permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional akan dibuka untuk semua rakyat Malaysia pada esok hari iaitu 1 April 2020, pasti Portal Rasmi untuk semakan akan mengalami gangguan apabila dibuka oleh ramai orang.

Semakan Status & Permohonan BPN hasil sudah tentu akan mengalami sedikit gangguan disebabkan ramai pengguna akan cuba untuk daftar masuk serentak.

Baca: Pendaftaran Pengeluaran RM500 i-Lestari Kini di Buka

Disebabkan hal itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengambil langkah untuk kongsikan pautan lain untuk memudahkan ramai orang.

Berikut adalah perkongsian rasmi daripada facebook LHDN  mengenai capaian untuk permohonan BPN.

PENGUMUMAN RASMI DARI FB LHDN

Menurut FB LHDN yang menjangkakan ramai yang akan membuka pautan  seperti yang disediakan sebelum ini mulai 1 April, mereka menjangkakan aliran trafik yang sangat tinggi akan berlaku.

Oleh itu, pihak LHDN telah menyediakan pautan lain bagi memudahkan rakyat membuat semakan atau pendaftaran baru. Seperti biasa, semakan dan permohonan baru boleh dilakukan mulai esok iaitu 1 April 2020.

Portal Rasmi mungkin akan mengalami kesesakan sedikit berikutan dengan ramai yang ingin membuat semakan, jadi semua orang diharap untuk sentiasa bersabar dan tidak mengalah untuk mencuba.

PAUTAN PERMOHONAN BPN HASIL

Berikut adalah pautan baru yang disediakan oleh LHDN khas untuk anda membuat semakan BPN hasil.

close-image