Info Kerjaya Malaysia

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

6,066

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga?

Hari temuduga semakin lama semakin dekat. Tetapi tidak tahu padanan yang betul dan sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Baju, kasut semuanya dah siap. Tapi tidak tahu hendak membuat padanan baju dan tudung pula. Sebentar, jangan pening-pening untuk memikirkan padanan warna baju dan tudung. Anda boleh terus membuat padanan baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai pada hari temuduga nanti melalui perkongsian ini.

Rujuk juga disini warna pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga anda.

Padanan Warna Baju Dan Tudung

Baju Dusty Pink

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Pastinya ramai wanita diluar sana yang gemarkan warna Dusty Pink ini bukan. Ini kerana warna ini menunjukkan bahawa anda yang memakinya adalah seorang yang feminim, lemah lembut dan memukau orang yang melihatnya. Warna tudung yang sesuai dengan warna ini ialah :

  • Mauve purple
  • Soft rossy pink
  • Barely beige

Soft Yellow

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Bukan semua orang menyukai warna ini kerana ianya kelihatan terlalu terang. Tetapi anda boleh memakai warna kuning jenis Soft Yellow ini yang nampak lebih lembut dan tidak menyilaukan mata. Warna kuning ini menyerlahkan diri anda seperti seorang yang ceria, positif dan sentiasa bertenaga. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju berwarna Soft Yellow ialah :

  • Sage green
  • Peach
  • Cranberry

Soft Brown

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Warna ini sering menjadi pilihan usahawanita, wanita yang bekerjaya dan golongan profesional dalam bidang masing-masing. Selalunya mereka yang memakai pakaian berwarna ini akan kelihatan lebih matang dan nampak profesional. Padanan warna tudung yang sesuai ialah :

  • Dark gold
  • Hitam
  • Dark greyish blue

Royal Purple

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Golongan kreatif sangat menggemari warna ungu kerana ia meningkatkan daya pemikiran yang kreatif dan menenangkan saraf mereka setelah seharian berfikirkan idea-idea baru. Warna tudung yang sesuai ialah :

  • Light lavender
  • Deep red violey
  • Ocean green

Deep Silver Grey

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Tahukah anda bahawa warna ini memperlihatkan sisi yang mewah serta keyakinan yang  tinggi pemakainya? Malahan ia juga menunjukkan mereka yang memakainya adalah seorang yang berfikiran jauh dan kreatif. Warna tudung  yang sesuai dipadankan dengan baju berwarna ini ialah :

  • Blue grey
  • Dusty pink
  • Soil brown

Dark Knight Blue

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga? Ini Panduan Untuk Anda

Jika anda minat warna ini, anda adalah seorang yang berpengetahuan luas dan mempunyai pemikiran yang logik malahan seorang yang sangat berilmu. Warna tudung yang sesuai untuk dipakai adalah :

  • Honey gold
  • Summer blue
  • Dark gold.

Ingin dapatkan tips pakaian yang sesuai untuk temuduga? Klik sini dan dapatkan cara untuk memakai suit yang sesuai ketika hadir temuduga.

Sumber : Puan Mary

close-image