Info Kerjaya Malaysia

Calon Wanita,Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

4,493

Pelbagai Jenis Gaya Tudung Di Malaysia

Pelbagai jenis gaya tudung yang menjadi kegilaan dan pilihan wanta di Malaysia terutamanya untuk bergaya. Tetapi tidak semua gaya ini sesuai untuk anda gunakan ketika hadir temuduga. Risau pula nanti penemuduga anda fikir calon yang hadir ini ok atau tidak untuk ditawarkan pekerjaan. Jadi, jangan keterlaluan sangat ya untuk berfesyen ketika hadir temuduga. Sederhana itu lebih baik dan seeloknya persiapkan diri untuk sesi temuduga itu lebih baik. Apakah persiapan untuk temuduga? Klik sini dan dapatkan tips yang berguna ini.

Jenis Gaya Tudung Yang Tidak Sesuai

Tudung Macam Penari Kebudayaan

Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

Rasa seperti nak bernikah pun ada juga ya. Tetapi nampak sangat tidak sesuai kerana tudung jenis ini mendedahkan leher dan itu adalah aurat anda. “Saya nak pergi temuduga swasta je. Selepas tu nak pergi kenduri”. Walaupun temuduga swasta, pakailah tudung dengan gaya yang sesuai.

Tudung Bertingkat-Tingkat

Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

Masih ada lagi ke yang pakai tudung jenis bertingkat-tingkat ni? Jangan tidak tahu, ada lagi calon yang hadir temuduga yang memakain tudung bertingkat kerana rasa sesuai dengan baju yang dipakai. Penemuduga tengok pun rimas sebab warna dah macam pelangi. Jadi, elakkan memakai tudung bertingkat ini ketika hadir temuduga anda.

Tudung Berlilit-Lilit

Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

Selalunya pemakai tudung shawl akan menggayakan tudung berlilit-lilit ini. 10 kali lilit pun belum tentu siap. Nampak macam pakai serban pula bila hadir temuduga. Mungkin pada anda nampak cantik dan elok. Tetapi pada pandangan penemuduga?

Tudung Gaya Rambut

Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

Nak nampak kelainan lain daripada orang lain dan nampak kreatif. Jadi anda pun menggayakan tudung seperti rambut yang didandan dan kepitkan aksesori yang berlebihan di atas kepala. Ini bukan fashion show ya semua. Jika anda bernasib baik, pastinya penemuduga hanya senyum sahaja melihat anda. Jika tidak, pastinya penemuduga akan tegur atau memerli anda. Tolong ya, jangan gayakan tudung anda seperti ini.

Tudung Instant / Sarung

Jangan Gayakan Tudung Jenis Ini Jika Rasa Mahu Lulus Temuduga

 

Ini pun tidak boleh? Ada beberapa jenis tudung instant yang agak tidak sesuai dipakai ketika hadir temuduga seperti tudung instant yang keras pada bahagian kepala sehingga muncung dan tidak nampak wajah anda. Tudung instant jenis pendek dan menampakkan dada juga dilarang untuk dipakai. Jika anda ingin juga memakai tudung instant ketika temuduga, pilih tudung yang sesuai dan pastikan ianya sepadan dengan pakaian anda.

Nak elakkan daripada melakukan perkara yang tidak diingini ketika temuduga dan menyebabkan kegagalan temuduga anda? Klik sini dan dapatkan 23 kesalahan yang perlu dielakkan ketika temuduga.

Tudung Ikat Belakang

Sesuai tak sekiranya ana hadir temuduga dengan menggayakan tudung dengan ikat hujungnya ke belakang dengan tujuan untuk kemaskan tudung anda? Nampak macam kemas dan elok. Sebenarnya gaya tersebut agak tidak sesuai kerana secara sengaja telah mendedahkan bahagian dada anda. Jadi, jangan gayakan tudung seperti ini ketika hadir temuduga anda.

이간 on Twitter: "Pakai tudung bawal ikat belakang, gelembung sana ...

Adakah anda ingin dipanggil segera untuk lapor diri untuk bekerja selepas temuduga? Ini 6 tips berguna untuk anda amalkan ketika hadir temuduga anda.

close-image