Info Kerjaya Malaysia

Pakaian Sesuai Temuduga Jawatan Kerajaan: Panduan Untuk Calon Lelaki

3,229

Pakaian Untuk Hadir Temuduga Calon Lelaki

Jika hendak hadir temuduga pastinya ramai memikirkan untuk menyediakan semua sijil serta persediaan menjawab soalan dengan betul sekiranya ditanya oleh penemuduga. Tetapi jangan lupa perkara penting ini iaitu penampilan diri dari segi pemakaian untuk hadir temuduga nanti.

Memilih pakaian yang sesuai untuk temuduga adalah sangat penting. Ia bukan sahaja memberikan kesan pertama yang baik kepada penemuduga, tetapi juga menunjukkan tahap profesionalisme dan kesungguhan anda dalam memohon jawatan tersebut.

Tips Berpakaian Simple Tetapi Kemas Dan Menarik Ketika Temuduga

Di atas merupakan Kod Etika Berpakaian Temuduga Calon Lelaki yang dikeluarkan portal SPA Malaysia. Idealnya anda berpakaian seperti di atas bagi menghadiri mana-mana temuduga yang melibatkan perjawatan SPA Malaysia.

Bagaimanapun cara berpakaian ini boleh disesuaikan juga dengan etika berpakaian di tempat kerja berkenaan. Asalkan anda memakai pakaian yang sesuai bagi menjawat jawatan yang bakal anda isi nanti.

Seperti anda tahu, pakaian merupakan satu lambang keperibadian pemakainya dan perkara ini perlu dititikberatkan serta mempengaruhi pandangan pertama bakal majikan anda.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih pakaian yang sesuai untuk temuduga jawatan kerajaan.

1. Jam Tangan

Jam tangan yang sesuai dipakai ialah jenis profesional dan nampak formal serta bertali kulit atau jenis besi. Elakkan memakai jam tangan jenis sport walaupun jam tangan anda tersebut dengan harga yang sangat mahal. Juga, elakkan daripada memakai jam tangan yang bertali getah dan berwarna warni.

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

2. Stokin Dan Kasut

Seeloknya pakai kasut berwarna hitam atau dark brown dan padankan dengan stokin berwarna hitam atau dark brown juga. Elakkan memakai kasut sport dan pilih kasut yang sesuai seperti yang dikongsikan disini.

Penerangan mengenai pemilihan kasut ada kami kongsikan dalam artikel terdahulu. Anda boleh bacanya di sini Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

3. Tali Leher

Jika anda ingin memakai tali leher ketika temuduga, pilih tali leher yang bersesuaian warnanya dengan baju kemeja yang anda pakai. Sekiranya anda memakai kemeja berwarna putih, anda boleh memilih warna biru atau hitam dengan corak yang kecil dan tidak berwarna warni atau pilih sahaja tali leher kosong tanpa sebarang corak.

Padanan kemeja yang sesuai dengan tali leher juga perlu anda berikan perhatian. Jadi pastikan anda beri sedikit perhatian terhadap perkara ini. Anda juga boleh baca artikel terdahulu 3 Cara Yang Betul Padankan Kemeja Dengan Tali Leher Untuk Hadir Temuduga

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

4. Seluar Jenis Slack

Jangan sesekali memakai seluar jeans ketika temuduga. Malah, anda juga dilarang memakai seluar jenis potongan skinny atau slim fit kerana ia sangat tidak sesuai ketika temuduga.

Terdapat 3 jenis potongan seluar slack yang sesuai dipakai ketika temuduga ialah :

  • Double Pleat : Sesuai untuk anda yang berbadan besar
  • Single Pleat : Sesuai untuk anda badan bersaiz sederhana dan kecil
  • Flat Front : Sesuai untuk anda berbadan kecil

Sebaiknya pakai seluar yang berwarna gelap ketika temuduga dan tidak terlalu terang seperti warna kuning, pink, kuning dan ungu.

Jangan sesekali anda memilih untuk memakai seluar jeans atau skinny. Sebolehnya calon temuduga Lelaki Perlu Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda.

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

5. Kemeja

Juga diingatkan kepada calon lelaki untuk memakai kemeja yang selesa dan tidak terlalu fit seperti kemeja slim fit semata-mata untuk kelihatan terlalu kemas. Risau juga nanti bila duduk butang baju tercabut pula. Jangan pula anda memakai baju yang terlalu besar.

Pakai kemeja yang berwarna putih, navy blue dan  pink lembut dan padankan dengan warna seluar anda.

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

6. Blazer

Blazer bukanlah pakaian yang wajib dipakai ketika temuduga. Tetapi jika anda ingin pakai blazer ketika temuduga, pakai dengan betul dan padankan dengan warna seluar dan kemeja anda. Kebanyakan calon lelaki memilih suit berwarna hitam kerana ia adalah warna pakaian yang paling selamat ketika temuduga anda.

Bolehkah Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga Anda? – Ini Jawapanya

Simple Tetapi Kemas, Calon Lelaki Boleh Pakai Pakaian Begini Untuk Hadir Temuduga. Confirm Menarik Perhatian Penemuduga

Ingin dapatkan soalan-soalan bocor yang sering ditanya ketika temuduga? Rujuk sini dan anda boleh siapkan jawapan selain cadangan jawapan yang telah tersedia pada perkongsian ini.

Bagaimana pula dengan calon temuduga wanita? Anda boleh baca artikel ini Temuduga : Calon Wanita, Jangan Pandang Ringan Etika Pakaian Ketika Temuduga

PANDUAN TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN

Untuk makluman! Panduan ini adalah sesuai untuk digunakan oleh semua calon temuduga jawatan kerajaan dan swasta. 

Sebelum hadiri temuduga berikut mungkin antara isu yang akan anda hadapi:

  • Tiada pengalaman temuduga, anda fresh graduate yang belum mempunyai pengalaman
  • Tidak tahu jenis-jenis soalan bakal ditanya panel penemuduga. Kurang pengalaman maka lebih gemuruh anda nanti
  • Tak tahu beri lontaran jawapan yang jelas, gugup, kurang keyakinan semasa bercakap
  • Masih belum berjaya walaupun telah hadir temuduga beberapa kali. Ini biasa, tapi kegagalan bukan penamat. Anda kena usaha sehabis baik.

Jika anda masih buntu dan tercari-cari bahan rujukan, kami di portal Kerjaya amat rekomen agar anda dapatkan Panduan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W29 SPA Lengkap

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Ikhlas, Portal Jawatan Kosong Kerajaan.

close-image