Info Kerjaya Malaysia

Patutlah Ramai Nak Kerja Kerajaan, Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

41,386

Kelebihan Kerja Kerajaan

Terdapat banyak kelebihan kerja dengan sektor awam yang anda semua perlu tahu. Bukan tidak digalakkan untuk bekerja dengan sektor swasta, tetapi ada kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh dimanfaatkan anda sekiranya berpeluang untuk bekerja dalam sektor awam. Bekerja dalam sektor swasta juga banyak kelebihan dan manfaatnya juga.

Cuma kali ini kita fokus kepada beberpa kelebihan bekerja dalam sektor awam yang perlu anda ketahui kerana terdapat segelintir penjawat awam itu sendiri tidak tahu apakah kelebihan yang bakal mereka perolehi.

15 Kelebihan Kerja Kerajaan

Antara 15 kelebihan kerja kerajaan yang perlu anda tahu ialah :

1. Pelbagai Jenis Elaun

Untuk pengetahuan anda, penjawat awam akan menerima pelbagai jenis elaun untuk memudahkan mereka. Malahan elaun yang diberikan juga memberikan beberapa kelebihan kepada anda sebagai kakitangan kerajaan. Antara elaun yang diberikan ialah:

  • Elaun Rumah
  • Elaun Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance).
  • Elaun Kritikal
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Khas / Gred Khas

2. Pelbagai Jenis Cuti

Sudah pasti anda mendapat cuti yang agak banyak jika dibandingkan dengan sektor swasta. Pembahagian cuti adalah :

  • Pekerja am : 20 hari cuti tahunan
  • Golongan professional : 25 hari cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Cuti bersalin sehingga 3 bulan.

3. Bayaran Pencen

Sebagai permulaan, anda akan diberikan pilihan untuk mencarum skim Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Pencen. Pastinya penjawat awam akan memilih Skim Pencen kerana mendapat pencen setiap tahun selepas bersara dengan bayaran separuh gaji akhir.

4. Gaji Tetap & Kenaikan Tahunan

Gaji permulaan penjawat awam kini telah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan ramai orang mula memilih bekerja dalam sektor awam kerana gaji yang agak lumayan dan kelebihan-kelebihan lain apabila bekerja sebagai pekerja sektor awam.

Selain daripada itu, semua penjawat awam mempunyai kadar kenaikan gaji tahunan yang akan diperolehi setiap tahun.

5. Kesihatan

Antara kelebihan yang seterusnya, pekerja sektor awam tidak perlu bimbang dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan. Ini kerana kos perubatan anda akan dibayar oleh pihak kerajaan setelah anda mengajukan surat Guarantee Letter kepada hospital.

6. Status Pekerjaan Yang Selamat

Anda lebih selamat untuk terus bekerja dalam sektor ini selagi anda menjaga tatatertib sebagai seorang penjawat awam dan tidak pernah ingkar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

7. Kemudahan Pinjaman Kerajaan

Anda juga akan diberikan beberapa kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada penjawat awam. Penjawat awam boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk pembelian rumah, tanah mahupun perkara-perkara lain. Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji penjawat awam tersebut. Ramai yang memilih menggunakan pinjaman kerajaan kerana kadar bayaran bunga yang lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.

8. Kemudahan Pendidikan

Anda yang berminat untuk menyambung akan ditawarkan dengan pelbagai bentuk tajaan untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai tersebut yang seterusnya akan meningkatkan prestasi kementerian dan kerajaan umumnya.

9. Bonus

Bahagian ini adalah satu bahagian yang paling ditunggu oleh setiap penjawat awam. Ini kerana setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan pelbagai bonus kepada penjawat awam sama ada bonus hari raya atau bonus awal tahun.

10. Diskaun Khas Hotel

Diskaun khas hotel ini akan dapat apabila penjawat awam memberikan kad kerja atau kad pengenalan anda untuk di akses bahagian hotel untuk membuat semakan. Anda akan mendapat diskaun serta rate yang dijangka untuk tujuan kerja luar dan juga percutian.

11. Duduk Hotel Percuma

Jika anda perlu menyewa hotel kerana tugas luar, anda juga boleh membuat tuntutan sewa hotel dengan jabatan anda. Anda boleh membawa resit pembayaran dan bawa kepada kerani kewangan dan boleh claim semula.

12. Tuntutan Perjalanan

Jika anda perlu bekerja diluar daerah dan memerlukan anda membuat perjalanan jauh, anda boleh menghimpunkan resit minyak dan sebagainya untuk membuat tuntutan.

13. Tuntutan Elaun Makan atau Harian

Jika anda bertugas diluar daerah melebihi 8 jam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun harian. Tetapi jika anda bekerja diluar daerah dan bermalam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun makan seperti yang terdapat di dalam pekeliling kewangan penjawat awam.

14. Kenaikan Pangkat

Sekiranya anda menepati kelayakan kursus serta kelayakan yang seterusnya, anda pasti dengan mudah menikmati kenaikan pangkat dalam tempoh tertentu.

15. Manfaat Kepada Keluarga Terdekat

Keluarga terdekat dengan anda juga kan menikmati pelbagai manfaat sekiranya anda bekerja dalam sektor awam. Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan.

Wah! Banyaknya kelebihan sekiranya bekerja dalam sektor awam. Semoga pekerja sektor awam memanfaatkan kelebihan yang diberikan dengan sebaiknya.

close-image