Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

8,814

Kasut Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga

Terdapat pelbagai jenis kasut yang sesuai dipakai ketika bekerja dan pastinya ada kelainan sekiranya anda perlu menghadapi temuduga. Mungkin terdapat sedikit kelonggaran setelah anda diterima bekerja berbanding ketika hadir temuduga.

Jangan tersalah memilih kasut. Takut anda rasa tidak selesa dan mungkin mengganggu pandangan mata penemuduga pula.

Jenis-Jenis Kasut Formal Untuk Calon Wanita

Terdapat 3 jenis kasut formal yang pastinya anda semua tahu iaitu :

Kasut bentuk A,B,C

Bentuk A : Formal dan sesuai untuk bentuk kaki yang kecil di bahagian jari kaki (sesuai untuk bentuk badan kurus)

Bentuk B : Formal dan sesuai untuk bentuk kaki yang lebar di bahagian jari kaki

Bentuk C : Tidak formal dan berbentuk santai. Tidak sesuai untuk dipakai ketika temuduga dan kerja.

Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai KetikaTemuduga?

Ketinggian tumit kasut yang sesuai untuk kategori formal ialah sebanyak 1 hingga 2 inci sahaja.

Nota : Ketika hadir temuduga pastikan anda memakai kasut formal berwarna hitam, bertutup dan bertumit yang tidak terlalu tinggi.

Jenis-Jenis Kasut Formal Untuk Calon Lelaki

Bagi calon lelaki pula, terdapat 5 jenis kasut formal yang sesuai dipakai ketika temuduga dan ketika bekerja ialah :

Oxford Wholecut : Potongan kasut jenis ini berada dibawah buku lali dan mempunyai tumit kasut yang rendah dan nampak kemas jika dipakai.

Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Bluchers : Rekaan kasut jenis ini nampak lebih bulat dan berlekuk dan menampakkan gaya formal dan lebih eksklusif si pemakainya.

Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Balmoral : Kasut jenis ini selalu menjadi pilihan kerana ia lebih ringkas dan sesuai dipadankan dengan pakaian yang formal dan sangat sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Double Monk Strap : Kasut jenis ini juga menjadi pilihan calon lelaki ketika temuduga kerana ia sangat padan dengan pakaian formal dan membuatkan imej anda lebih menonjol dan berbeza daripada calon yang lain.

Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Derby : Tidak pasti memakai kasut jenis apa untuk hadir temuduga? Anda boleh memilih kasut jenis ini dan ia menjadi pilihan klasik bagi mereka yang telah bekerja terutamanya yang  bekerja di pejabat. Ia menjadi pilihan ramai kerana selesa dipakai dan memberikan ruang yang agak luas untuk kaki bernafas.

Tips Penampilan Diri Temuduga : Kasut Apa Yang Sesuai Dipakai Ketika Temuduga?

Bolehkah memakai blazer dan name tag ketika hadir temuduga untuk menampilkan diri dengan kemas dan memberika first impression yang baik kepada penemuduga? Dapatkan jawapannya disini dan jadikan ia sebagai panduan yang berguna buat anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image