Info Kerjaya Malaysia

Penerima BPN Yang Status Pengkreditan Gagal Kredit dan Tiada Rekod Urusan Hanya Perlu Ke Kaunter BSN Jika Perlu Sahaja

2,460

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat bermula 6 April 2020.

PERINGATAN!!! Urusan di kaunter Cawangan BSN adalah terhad. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa dan semua dimohon untuk patuh kepada arahan ini.

Berikutan pembayaran pada 1 April nanti, pemohon yang layak akan menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau EMEL dari LHDN.

Pembayaran BPN akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang terdapat di dalam sistem. Pengeluaran wang tunai juga boleh dibuat disemua ATM rangkaian MEPS seluruh negara yang cas RM1 bagi urusniaga akan dikecualikan sepanjang PKP.

Bagi penerima yang Status Pengkreditan Gagal Kredit dan Tiada Rekod, anda dinasihatkan untuk membuat semakan di laman www.hasil.org.my ataupun di bpn. hasil.org.my terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk hadir ke kaunter cawangan BSN SEKIRANYA PERLU SAHAJA.

Notis Pembayaran BPN HASIL BSN

Di bawah merupakan notis Pembayaran BPN HASIL yang dikeluarkan oleh BSN untuk rujukan anda.

Notis Pembayaran BPN BSN

close-image