Info Kerjaya Malaysia

Nota Pengetahuan AM Berkaitan Pentadbiran Negara Penolong Pegawai Tadbir N29

1,227

Umumnya soalan pengetahuan AM SPA adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon. Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir.

Ya lah, jika nak jadi Penolong Pegawai Tadbir anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat di jawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.

Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

DASAR MANA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN?

Soalan begini terlalu umum untuk di jawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM Penolong Pegawai Tadbir lepas apa yang boleh kami simpulkan ialah seperti di bawah;

  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.

Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas. Lihat kembali kepada apa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir lepas.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

  1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
  2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
  3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
  4. Gempa Bumi Jepun
  5. Penswastaan
  6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
  7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2015

  1. Objektif Penubuhan ASEAN
  2. NKRA & 1AZAM
  3. Organisasi di Bawah PBB
  4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
  5. Prinsip Rukun Negara
  6. EKUINAS
  7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
  8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2016

  1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
  2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
  3. Wakil Kerajaan ke PBB
  4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
  5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
  6. Kabinet
  7. Agensi di Bawah KPDNKK
  8. Pendudukan Jepun
  9.  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas. Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

APA PULA SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2018/2019

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :

  1. Struktur Pentadbiran Persekutuan
  2. Badan Kehakiman
  3. Badan Perundangan
  4. Badan Eksekutif
  5. Dasar negara
  6. Asas komputer
  7. Perakaunan asas
  8. Hubungan Serantau

NOTA BERKAITAN DASAR SOALAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Anda inginkan nota berkaitan dasar-dasar kerajaan? Untuk makluman, segala nota terkini berkaitan dasar kerajaan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir dan kerja kerajaan telah dikemaskini dalam panduan terkini peperiksaan yang dikeluarkan di atas.

Terdapat Nota ringkas dan ilustrasi yang disediakan untuk memudahkan studi anda. Antara nota core yang dimasukkan khas untuk anda adalah seperti berikut:

1. Maklumat Perjawatan
2. Struktur Organisasi Kerajaan
3. PArlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara
4. Kementerian
5. Pentadbiran Malaysia
6. ASEAN
7. Banyak lagi tajuk dimuatkan

MAKLUMAT PENJAWATAN PPTN29

Ringkasan maklumat penjawatan Penolong Pegawai Tadbir juga telah dimasukkan. Khas untuk membiasakan anda dengan tugas dan peranan seorang Pegawai Tadbir.

Ia berguna semasa peperiksan dan juga semasa anda hadiri temuduga nanti.

TEMPAH PANDUAN PPTN29 DI BAWAH SEKARANG

Jadi sekiranya anda berminat mendapatkan contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir & nota dasar-dasar kerajaan pastikan anda terus buat tempahan rujukan PPTN29 di bawah. Butang tempahan di bawah sekali.

IKLAN PENUH JAWATAN


close-image