Info Kerjaya Malaysia

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Dahulu Melalui MyJanjiTemu

714

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Melalui MyJanjiTemu

Berikutan lanjutan tempoh PKPP sehingga Disember 2020, sebarang urusan di Jabatan Pendaftaran Negara mestilah melalui temu janji terlebih dahulu seperti yang diperkenalkan oleh JPN iaitu sistem MyJanjiTemu yang bermula pada 4 Jun lepas.

Jadi,anda perlu membuat permohonan temu janji secara online seperti yang akan dikongsikan ini.

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Dahulu Melalui MyJanjiTemu

Cara Membuat Temu Janji JPN

Untuk membuat temu janji urusan dengan JPN, anda perlu :

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Dahulu Seperti Perkongsian Ini

  • Pilih NEGERI, PEJABAT JPN dan PERKHIDMATAN yang digunakan untuk berurusan. Klik SETERUSNYA.
  • Kemudian pilih TARIKH & MASA yang anda akan berurusan. Seterusnya klik SEMAK, pilih dan tandakan pada slot yang kosong untuk temu janji anda.
  • Jangan lupa, masukkan maklumat yang diminta dan klik HANTAR.

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Dahulu Seperti Perkongsian Ini

  • Setelah siap isi semua maklumat, klik SLIP TEMPAHAN untuk print atau screenshot. Sila kemukakan slip tersebut ketika hadir di pejabat JPN untuk urusan anda.

Urusan Dengan JPN? Buat Temu Janji Dahulu Seperti Perkongsian Ini

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan serta inginkan maklumat lebih lanjut mengenai MYJanjiTemu JPN, sila hubungi JPN di :

Soalan Lazim MYJanjiTemu JPN

1. Bagaimana jika telah mendapat janji temu pada hari tidak bekerja atau cuti umum?

Mohon semula janji temu baru. Pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.

2. Berapa lama tempoh mendapatkan tarikh janji temu?

Pemohon akan membuat pilihan tarikh janji temu sendiri melalui sistem tertakluk kepada kekosongan slot.

3. Apa perlu dibuat sekiranya terlepas tarikh janji temu?

Pemohonan tersebut terbatal. Perlu memohon janji temu baru.

4. Bolehkah tarikh janji temu diubah?

Tidak, pemohon perlu membuat janji temu baru.

5. Bagaimana untuk membuat permohonan?

Sila buat permohonan di pautan MyJanjiTemu

close-image