Info Kerjaya Malaysia

Program Pas Perjalanan Tanpa Had MY30 PENJANA Rapid KL

1,705

Apa Itu Program MY30?

Program MY30 adalah satu program yang diperkenalkan melalui PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri 5 Jun 2020 lalu.

Melalui program ini, disediakan pas perjalanan tanpa had untuk sebulan yang bernilai RM30 untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam ke destinasi masing-masing.

Program MY30

Program ini hanya sah untuk pengangkutan awam di Lembah Klang sahaja iaitu dia bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuklah perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorel dan bas Rapid Kl.

Untuk pengetahuan anda, program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

Program MY30, Pas Perjalanan Tanpa Had Rapid KL

Pendaftaran & Permohonan MY30

Sebelum melanggan atau membuat pendaftaran Pas My30, anda perlu memastikan cip Touch ‘n Go pada MyKad atau MyTentera boleh berfungsi dengan baik.

Cara untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  • Tambah nilai boleh dibuat di pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL dan kedai yang  menyediakan perkhidmatan tambah nilai.
  • Cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tersebut berfungsi dengan baik jika proses tambah nilai ini berjaya.
  • Semakan juga boleh dibuat di mana-mana kaunter Touch ‘n Go atau Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL.

Anda perlu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat sebelum melanggan pas My30 sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi.

Permohonan boleh dilakukan di kaunter berikut :

a) Semua stesen LRT
b) Semua stesen MRT
c) Semua stesen Monorel
d) Semua stesen BRT
e) Hab bas terpilih:
• Pasar Seni
• Seksyen 2, Shah Alam
• Sri Nilam
• Greenwood
• Terminal Kajang

Langkah-Langkah Permohonan

Anda hanya perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat
pelanggan Rapid KL.

  • Sila bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan
    RapidKL dan hab bas terpilih.
  • Tambah nilai kad MyKad atau MyTentera sebanyak minimum RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai. Selepas penolakan RM0.50, baki RM9.50 disimpan di dalam system Touch ‘n Go anda. Baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem melainkan anda
    menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL (di tol, kedai serbaneka,
    pusat membeli-belah dan sebagainya).
  • Rancang terlebih dahulu jadual perjalanan anda sebelum menggunakan rangkaian
    RapidKL. Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja anda menyentuh
    pas di pintu masuk rangkaian RapidKL. Anda boleh membuat mengaktifkan pas untuk
    pembaharuan pas secara automatik di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas
    terpilih.
  • Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara automatik, anda boleh
    tambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai
    yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya. Anda
    hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan.

Program MY30, Pas Perjalanan Tanpa Had Rapid KL

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.
  • Kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.

Tarikh Program Bermula

Program ini bermula pada 15 Jun 2020 dan berakhir pada 31 Disember 2020.

Tempoh Sah

Berdasarkan tarikh tersebut, program ini hanya sah digunakan dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Program ini adalah satu program yang baik bagi meringankan beban rakyat yang menggunakan pengangkutan awam yang berulang alik ke tempat kerja khasnya. Diharap juga inisiatif MY30 ini diperluaskan ke seluruh Malaysia dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda inginkan sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh rujuk pautan berikut : https://www.myrapid.com.my/

FAQ Soalan Lazim

1. Bilakah saya boleh mula melanggan pas My30?

Anda boleh melanggan bermula 15 Jun 2020 atau pada bila-bila masa selepas itu sehingga 31 Disember 2020 dan setelah pas My100/My50 sedia ada anda telah tamat tempoh

2. Adakah yuran langganan akan dikenakan keatas langganan pas My30?

Tidak. Anda hanya perlu membayar RM30.00 untuk langganan pas My30 dan sentiasa memastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go anda.

3. . Adakah saya akan mendapat kad Touch ‘n Go baharu apabila saya melanggan pas My30?

Tidak. Produk My30 akan diaktifkan hanya menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja.

4. Bolehkah saya melanggan pas My30 menggunakan kad Touch ‘n Go?

Tidak. Pas My30 hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja.

5. Saya adalah seorang pelajar dan di bawah umur 12 tahun. Saya mempunyai kad pengenalan MyKid dan tidak mempunyai fungsi Touch ‘n Go. Bagaimanakah cara-cara untuk melanggan pas My30?

Bagi pelajar yang berumur di bawah 12 tahun, anda hendaklah melanggan menerusi atas talian iaitu Kad Konsesi Pelajar MyRapid . Anda boleh melanggan pas My30 di mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih setelah mendapat kad konsesi anda. Pas My30 akan diaktifkan di dalam kad konsesi anda.

6. Bagaimana pula untuk kad konsesi seperti warga emas dan OKU? Bolehkah kami mengaktifkan produk My30 menggunakan kad konsesi kami?

Tidak. Anda perlu melanggan produk My30 menggunakan MyKad.

7. Apakah tempoh sah pas My30?

Tempoh sah pas My30 adalah 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am). Anda boleh memilih tarikh yang sesuai untuk pengaktifan pas. Tarikh pengaktifan pas My30 bergantung kepada sentuhan pertama pas anda di pintu masuk rangkaian RapidKL kami.

8. Adakah saya perlu sentiasa memastikan nilai minimum Touch ‘n GO sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau MyTentera?

Ya, anda perlu sentiasa memastikan nilai minimum Touch ‘n GO sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau MyTentera iaitu RM5.00.

9. Bolehkah saya menggunakan pas My30 di rangkaian Rapid Penang atau Rapid Kuantan?

Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

10. Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?

Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

close-image