Info Kerjaya Malaysia

Cara Mohon Kerja Melalui Emel. Ini Contoh Surat Anda Boleh Hantar Kepada Majikan

2,814

Mohon Kerja Melalui Emel

Zaman kini segalanya hanya dihujung jari anda sahaja. Jadi pentingnya disini untuk anda ketahui cara-cara untuk memohon pekerjaan melalui emel beserta tatacara menghantar emel mohon kerja dengan betul.

Baca perkongsian ini untuk tahu cara-cara memohon pekerjaan melalui emel beserta contoh untuk anda edit dan download.

Cara-Cara Memohon Pekerjaan Melalui Emel

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin memohon pekerjaan melalui emel :

  • Menggunakan surat berformat dan formal ketika menghantar emel.
  • Sama seperti memohon kerja melalui surat biasa, anda perlu nyatakan nama, tujuan anda menghantar emel serta maklumat penting yang lain.
  • Olah ayat dan maklumat dengan tersusun dan profesional.
  • Nyatakan maklumat mengikut perenggan.
  • Attach bersama resume dan nyatakan dalam surat permohonan anda.
  • Penutup.

Cara Mohon Kerja Melalui Emel. Download Contoh Ini

Hindari Perkara Ini

Jika anda memohon pekerjaan melalui emel, anda tidak perlu melakukan perkara ini seperti :

  • Jangan sesekali menghantar emel tanpa format atau tidak mempunyai perenggan yang kemas.
  • Jangan menghantar attach file terus ke alamat emel tanpa sebarang surat permohonan kerana dikhuatiri bakal majikan tidak akan membaca surat permohonan anda.
  • Jangan membuat ayat rayuan dan sehingga nampak anda seolah-olah memaksa bakal majikan mengambil anda untuk bekerja.
  • Jangan attach file yang terlalu besar atau terlalu kecil dan fail yang langsung tidak dapat dibuka.
  • Jangan lupa menyatakan bahawa anda attach bersama resume dan dokumen berkaitan.

Cara Mohon Kerja Melalui Emel. Download Contoh Ini

Contoh Permohonan Kerja Melalui Emel

Berikut adalah contoh permohonan kerja yang terbaik untuk di download dan edit untuk kegunaan anda.

Pastikan anda memohon kerja dengan dengan cara yang betul dan profesional untuk menunjukkan kelebihan anda dan menjadi calon yang terbaik di mata majikan.

close-image