Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Sambung Belajar Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI) Telah Dibuka. Ini Syarat Permohonannya

1,260

Permohonan Sambung Belajar Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI)

Anda ingin menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pentadbiran Kehakiman Guaman Islam (DPKGI)? Ini berita baik buat anda dimana Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pengajian Islam telah membuka peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini bagi Mod Eksekutif.

Pusat Pengajian Terlibat

Antara pusat pengajian terlibat ialah :

  • Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang.
  • Kolej Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Permohonan Sambung Belajar Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI) Telah Dibuka. Ini Syarat Permohonannya

Objektif Pengajian Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI)

  • Memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih dalam bidang kehakiman dan guaman Islam mengikut permintaan semasa.
  • Memindahkan pengetahuan berbentuk teori dan praktikal daripada para akademik dan pengamal industri kepada pelajar yg terdiri daripada bakal peguam syarie, pegawai mahkamah syariah ataupun yg berminat untuk meningkatkan ilmu dan kualiti perkhidmatan.

Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI)

Cara / Bentuk Pengajian

Cara  / bentuk pengajian ini adalah :

  • Kuliah
  • Diskusi berkumpulan
  • Tugasan kursus
  • Seminar/kolokium/wacana/bengkel
  • e-pembelajaran/UKMFolio
  • Problem Based Learning (PBL)
  • Penempatan di Mahkamah Syariah (4 minggu)
  • Mock/Moot Court

Pengajian ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dari UKM dan Industri yang berkaitan.

Tempoh Pengajian

Anda akan mengikuti pengajian selama :

  • 1 tahun iaitu selama 3 semester.

Syarat Permohonan

Anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada kelayakan berikut:

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah atau Ijazah Sarjana Muda
    Undang-Undang dari universiti-universiti yang diiktiraf.
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Senat.

Pemilihan pelajar Diploma Pascasiswazah di peringkat Fakulti mengambilkira kriteria berikut:

Permohonan Sambung Belajar Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI) Telah Dibuka. Ini Syarat Permohonannya

Yuran Pengajian Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI)

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) 

  • RM 11,000.00
  • Semester 1 : RM5,500
  • Semester Berikutnya : RM5,500

KOLEJ YAYASAN SABAH

  • RM 12,500.00
  • Semester 1 : RM6,500
  • Semester Berikutnya : RM6,000

Bagi alumni UKM pula akan mendapat rebat sebanyak RM1,000 dan perlu memohon melalui http://smp.ukm.my/espeed/.

Info & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan info selanjutnya mengenai Diploma Pentadbiran Kehakiman Guaman Islam (DPKGI), anda boleh hubungi UKM melalui saluran berikut :

close-image