Info Kerjaya Malaysia

Mengapa Bil Air Tinggi Sepanjang PKP? Ini Penjelasannya

2,950

Mengapa Bil Air Tinggi Semasa PKP?

Hairan juga ya apabila bil air terlalu tinggi sepanjang PKP ini. Terlalu tinggi daripada bil hari biasa sehingga ada yang mengadu bilnya sehingga tidak masuk akal.

Jadi adakah anda ingin tahu mengapa bil air kali ini terlalu tinggi daripada biasa?

Penjelasan Daripada Air Selangor

Berikutan keluhan dan juga aduan daripada orang ramai, Air Selangor menjelaskan bahawa bil air menjadi tinggi daripada biasa kerana :

  • Sepanjang PKP bil dicaj dengan anggaran sahaja dan tidak melalui bacaan meter.
  • Menggunakan maklumat purata penggunaan harian pada bulan sebelumnya.
  • Jika bil anggaran bulan sebelumnya terlebih caj dan sudah dibayar oleh pelanggan, direkodkan sebagai bayaran lebihan ke akaun pelanggan.
  • Jika anggaran kurang, ia ditambah ke bulan berikutnya selepas bacaan meter sebenar dibuat.
  • Penggunaan air yang berlebihan kerana lebih banyak masa diluangkan di rumah sepanjang PKP terutama bagi ahli keluarga yang ramai dalam satu rumah.
  • Kemungkinan daripada paip air yang bocor.
  • Mungkin bacaan meter yang salah atau tidak tepat.

Siaran Media Air Selangor

Berikut adalah siaran media daripada pihak Air Selangor berkaitan bil air yang mendadak sepanjang PKP.

Mengapa Bil Air Tinggi Sepanjang PKP? Ini Penjelasannya

Periksa Tarif Bil Air

Untuk mengetahui tarif bil air dengan lebih tepat, anda boleh terus ke laman web Air Selangor untuk baca dan fahami tarif air yang dikenakan kepada anda.

Lihat tarif air berikut untuk rujukan anda.

Mengapa Bil Air Tinggi Sepanjang PKP? Ini Penjelasannya

Lain negeri, lain pula tarif air dan sebabnya. Jadi, anda boleh hubungi syarikat air negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah bil air ini.

Nombor Telefon Syarikat Air

Anda boleh menghubungi syarikat air negeri masing-masing seperti berikut :

  • Syarikat Air Perlis : Telefon/Fax/Emel : 04-9779300 / 04-9781300 / SAP
  • Syarikat Air Darul Aman : Hotline/Telefon/Portal Rasmi : 1-300-88-0017 / 04-7400500 / SADA
  • Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang : Hotline/Telefon/Emel : 04-2558255/04-2006600/PBA
  • Lembaga Air Perak : ADUAN LAP
  • Syarikat Air Selangor : Hotline/Whatsapp/Web : 15300/019-2800919/019-2816793/Air Selangor
  • Syarikat Air Melaka Berhad : Hotline/Telefon/Emel : 15800/013-7515800/SAMB
  • Syarikat Air Negeri Sembilan : Telefon/Hotline/Fax/Emel : 06-6033500/1-800-88-6982/06-601545/SAINS
  • Syarikat Air Johor-Ranhill : Telefon/Hotline/SMS/Emel : 07-2255367/2255368/2244040/1-800-88-7474/AT < > RanhillSAJ < > ADUAN dan hantar ke 63001/RANHILL
  • Pengurusan Air Pahang Berhad : Hotline/EAduan/Emel : 09-5739999/ aduan.paip.com.my/[email protected]
  • Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd : Careline/Emel :1-300-88-211 / 15511 / SATU
  • Air Kelantan Sdn Bhd : Hotline/Fax/Emel : 15777/09-7474615/PINTAS
  • Sarawak Rural Water Supply Department : Telefon/Fax: 082-263000/082-263197/199
  • Jabatan Air Negeri Sabah : Telefon/Careline/Fax/Emel : 60-88232364/60-8826888/60-88232384/[email protected]

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan inginkan maklumat lanjut mengenai bil anda, sila hubungi nombor yang tertera di atas.

close-image