Info Kerjaya Malaysia

Petua Imam Ghazali Memburu Malam Lailatul Qadar, Beruntung Siapa Mendapatnya

1,246

Petua Imam Ghazali Memburu Malam Lailatul Qadar, Beruntung Siapa Mendapatnya

10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu oleh para pemburu malam Lailatul Qadar. Ini kerana sungguh beruntung  bagi sesiapa yang mendapatnya.

Perbanyakkan amalan sepertimana Rasulullah S.A.W amalkan kerana bagi baginda, Allah makbulkan doa hambanya ketika ini.

Tanda Malam Lailatul Qadar Mengikut Imam Ghazali

3 tanda malam Lailatul Qadar adalah :

  • Waktu siang yang redup.
  • Malam yang tenang, tidak panas dan tidak sejuk.
  • Terasa sayu dan menangis tiba-tiba kerana Malaikat Jibril bersalam dengan orang yang berbuat ibadah pada malam tersebut.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Petua Imam Ghazali Memburu Malam Lailatul Qadar, Beruntung Siapa Mendapatnya

Panduan Malam Lailatul Qadar Oleh Imam Ghazali

Malam Lailatul-Qadar boleh didapati berdasarkan kaedah berikut:

  • Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke 29.
  • Awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke 21.
  • Awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke 27.
  • Awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke 25.
  • Awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke 23.

Petua Imam Ghazali Memburu Malam Lailatul Qadar, Beruntung Siapa Mendapatnya

Antara malam berikut, 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan, malam bilakah munculnya Lailatul Qadar?Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmatnya.

Jika mengikut petua Imam Ghazali ini kita akan merasai malam Lailatul Qadar pada malam ke 27 iaitu pada 19 Mei 2020.

Walaubagaimanapun, sentiasa hidupkan setiap malam yang ada kerana semua ini adalah rahsia Allah. Teruskan beribadah dengan sesungguhnya kerana inilah peluang untuk kita mengumpulkan amalan sebanyak mungkin. InsyaAllah.

close-image