Daftar Skim mySalam Hari Ini, Permohonan Akan Di Tutup Untuk M40 & B40. Ini Link Daftar Anda
Pengenalan
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kepada rakyat Malaysia terutamanya daripada golongan B40.
Terdapat beberapa inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat ketika menghadapi masalah yang sedang melanda kini dan antara nya adalah melalui Skim mySalam.
Apa itu Skim mySalam?
Skim mySalam merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu masyarakat dari segi menyediakan perlindungan kesihatan percuma kepada rakyat Malaysia termasuklah kepada pesakit Covid-19.
Terdapat 2 kategori untuk penerima skim ini iaitu:
- Penerima Bantuan Sara Hidup
- Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup
Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup
- Berumur 18 hingga 65 tahun
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun.
Kategori Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup
- Berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.
Golongan isi rumah iaitu bagi kategori penerima bukan bantuan sara hidup juga kini boleh mendaftar sebagai pemohon.
Senarai 45 Penyakit Kritikal
Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang disenaraikan oleh pihak mySalam yang layak untuk mendapat perlindungan.
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Kelecuran Tahap Ketiga
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan pankreas berulang
- Elefantiasis
- Penyakit lembu gila
Untuk pengetahuan,skim ini hanya layak kepada pesakit yang mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan dan bagi pesakit Covid-19 yang telah di masukkan ke wad boleh menuntut elaun sebanyak RM50 sehari dengan maksimum 14 hari setahun.
Tarikh Tutup Permohonan
Anda mempunyai satu hari lagi untuk memohon permohonan ini dan tarikh tutup untuk permohonan ini adalah pada 31 Mac 2020 pada hari Selasa.
Cara Memohon
Terdapat beberapa langkah untuk memohon Skim mySalam iaitu:
- Masuk portal rasmi mysalam.com.my
- Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
- Klik “Download Form”.
- Muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”.
- Borang diserahkan kepada doktor yang telah melakukan rawatan kepada anda untuk diisi dengan lengkap.
- Login semula ke portal mySalam.
- Pilih Claims > Claims Submission > CI Claims.
- Scan borang tersebut dan isikan maklumat yang diperlukan bersama-sama dengan dokumen lain termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doktor.
- Setelah lengkap,klik “Submit” untuk hantar permohonan.
Sekiranya tiada sebarang masalah, duit bantuan akan terus dikreditkan ke akaun anda seperti yang telah didaftarkan semasa permohonan bantuan BSH.