Info Kerjaya Malaysia

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini Untuk Pengguna Domestik

1,260

Diskaun Bil Elektrik

Seperti semua sedia maklum, diskaun bil elektrik bagi pengguna domestik di seluruh Malaysia telah diberikan bermula April 2020 sehingga September 2020 dalam usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19. Namun terkini, tempoh diskaun bil elektrik telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini iaitu sehingga 31 Disember 2020.

“Sehubungan itu, 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara dua hingga 50 peratus dari 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020 sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).”

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah

Bantuan Prihatin Elektrik

Penggunaan elektrik sebanyak 601 hingga 900kWj juga mendapat diskaun sebanyak 10% dibawah Bantuan Prihatin ELektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun yang lalu.

Perlanjutan diskaun ini terutamanya bagi pengguna di Semenanjung akan dibayai sebanyak RM392 juta (anggaran) menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Hujung Tahun Ini Untuk Pengguna Domestik

Pengguna Domestik Sabah & Sarawak

Berdasarkan pengumuman ini, pengguna domestik di Sabah dan Sarawak juga akan terus menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 2% sehingga hujung tahun ini.

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Hujung Tahun Ini Untuk Pengguna Domestik

Pengguna Bukan Domestik

Bagi pengguna bukan domestik pula akan menerima penurunan surcaj sebanyak 0.02 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

Kos Keseluruhan Pemberian Diskaun

Kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik bermula April sehingga Disember 2020 adalah sebanyak RM2.62 billion.

close-image