Kerja Di AEON Selama 1 Tahun Dan Dapat Motorsikal Free
Bagi anda yang mengalami masalah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19, ini adalah berita baik dan peluang yang besar buat anda.
Pihak AEON yang prihatin terhadap nasib para pekerja yang kehilangan kerja serta sumber pendapatan telah membuka peluang pekerjaan buat anda yang berminat untuk menyertai mereka sebagai Rider AEON.
Baca perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan serta cara untuk membuat permohonan.
Syarat Kelayakan
Jika anda berminat untuk bekerja sebagai Rider di AEON, teliti syarat kelayakan berikut :
- Kontrak kerja selama 1 tahun.
- Waktu bekerja dari 11 pagi hingga 6 petang termasuk hari minggu / cuti am.
- Satu hari cuti diberikan setiap minggu.
- Berumur antara 25 hingga 40 tahun.
- Warganegara Malaysia.
- Kehilangan pekerjaan disebabkan olehpandemik Covid-19 (Sila sertakan bersama dokumen yang berkaitan seperti surat pemberhentian kerja).
- Mempunyai lesen memandu yang sah (B / B2).
- Tidak mempunyai sebarang jenis kenderaan (kereta / motorsikal).
- Tiada rekod jenayah.
- Bersikap positif semasa bekerja.
- Latihan disediakan kepada yang berminat.
- Tertakluk kepada terma & syarat.
Borang Permohonan
Dapatkan borang permohonan di pautan :
Setelah anda siap melengkapkan borang permohonan, hantar borang beserta dokumen sokongan di emel berikut :
Atau anda boleh menghubungi staf AEON di : 012-3709750 / 012-3728406 untuk penghantaran borang permohonan anda.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda inginkan maklumat lanjut serta mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pekerjaan Rider AEON, anda boleh bertanya melalui Whatsapp AEON atau melalui laman web AEON di pautan :
- Whatsapp : AEON RIDER
- Website : AEON RECRUITING