Info Kerjaya Malaysia

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

1,635

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

Sejak PKP dilonggarkan menjadi PKPP, Majlis kenduri telah diadakan semula dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Malahan jumlah tetamu untuk majlis kenduri juga dihadkan kepada 250 orang sahaja serta perlu mengamalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakkan fizikal sebanyak 1 meter mengikut tempat.

Untuk mengelakkan sentuhan juga tuan rumah untuk majlis kenduri ini digalakkan untuk menggunakan khidmat peramusaji atau dihidangkan secara buffet untuk mengurangkan sentuhan pada peralatan makanan.

Cara Menjana QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri

Untuk menjana QR Code MySejahtera, anda perlu :

  • Klik aplikasi MySejahtera

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

  • Masukkan nombor telefon anda untuk pendaftaran.
  • Kemudian jawab soalan reCAPTCHA untuk pengesahan identiti.

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

  • Tunggu nombor OTP dihantar ke nombor telefon anda.
  • Buat pengesahan dengan masukkan nombor OTP yang dihantar.

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

  • Masukkan maklumat majlis kenduri anda seperti nombor telefon, alamat majlis kenduri dan poskod kawasan majlis anda.

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

  • Klik SUBMIT.
  • QR CODE untuk majlis kenduri terus dijana.
  • Cetak, emel atau download QR Code ke komputer anda.

Kenduri? Daftar Dahulu Lokasi Dan Jana QR Code Dulu Dengan MySejahtera

  • Pamerkan QR CODE di pintu masuk majils kenduri.
  • Untuk memudahkan majlis dan berjalan dengan lancar, buat tanda arah MASUK dan KELUAR untuk mengelakkan kesesakan ketika majlis diadakan.

Semoga majlis kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar dan jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ingat, jangan lupa pakai pelitup muka ya. Denda RM1,000 menanti anda.

Juga, anda boleh jana QR code untuk premis perniagaan anda disini.

close-image