Info Kerjaya Malaysia

Status Kenaikan Satu Tangga Gaji Ditentukan Kerajaan Baharu

185

Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata, pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaan KGT itu atau sebaliknya.

“KGT itu janji kerajaan terdahulu…sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukannya.

“Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesyuarat pertama esok dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini. – Bernama

close-image