Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Hasil
INFO PENTING buat pemohon Bantuan Prihatin National (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta telah diluluskan bantuan tersebut tetapi masih belum menerima BPN. Kini anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda untuk pembayaran BPN yang akan diterima.
Info penuh: Semakan BPN Hasil
Baca perkongsian di bawah untuk maklumat mengenai cara mengemaskini akaun bank bagi pemohon BPN.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK
Bagi memastikan bayaran BPN dapat disalurkan dengan mudah dan selamat, LHDNM telah membolehkan pemohon mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini.
Klik pautan e-kemaskini dan log masuk ke profil anda menggunakan nombor kad pengenalan anda dan klik Hantar.
Setelah masuk ke profil, anda terus boleh membuat kemaskini maklumat bank anda.
Pengemaskinian maklumat akaun bank hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.
LHDNM menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.
Berikut kenyataan media penuh dari LHDN.