Mulai 9 Oktober Ini, Anda Boleh Renew Lesen Memandu Secara Online Sahaja
Mulai 9 Oktober Ini, Anda Boleh Renew Lesen Memandu Secara Online Sahaja
Selepas ini,anda tidak perlu lagi bergegas ke pejabat pos atau ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan pengumuman yang telah dilakukan oleh pihak JPJ bahawa pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG dimana ia akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.
Namun, tidak semua lesen memandu boleh diperbarui secara online pada 9 Oktober nanti seperti :
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) : Dilaksanakan mulai 16 Oktober
Untuk renew secara online ini pula tidak termasuk dengan lesen seperti berikut :
- Lesen Belajar Memandu (LDL)
- Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Tujuan Renew Lesen Memandu Secara Online
Untuk pengetahuan anda, tujuan perlaksanaan renew lesen memandu secara online adalah :
- Inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Pada masa ini, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja.
Nota : Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan perbaharuan lesen memandu secara online melalui myEG, anda boleh terus ke pejabat JPJ yang berkaitan atau melalui saluran berikut :