Jika Pergerakan Disebabkan Bekerja, Anda Perlu Anda 3 Dokumen Penting Ini – PDRM
Pergerakan Rentas Negeri
Sekiranya anda berada di kampung dan ingin pulang ke tempat kerja masing-masing, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan. Ini telah dinyatakan oleh pihak PDRM Kubang Pasu baru-baru ini berkaitan kaedah membuat permohonan rentas negeri bagi yang dipanggil untuk bekerja.
Untuk mengetahui kaedah permohonan pergerakan rentas negeri disebabkan bekerja, anda boleh baca perkongsian ini untuk mengetahui cara-caranya dengan lebih lanjut.
2 Jenis Kebenaran Rentas Negeri
Terdapat 2 jenis sebab kebenaran rentas negeri yang dibenarkan oleh pihak PDRM seperti :
- Kebajikan
- Kecemasan
Namun begitu, kebenaran pergerakan rentas negeri hanya diluluskan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) sahaja selepas segala dokumen serta alasan yang dikemukakan diteliti oleh KPD sendiri.
Dokumen Yang Diperlukan
Manakala bagi pergerakan rentas negeri untuk bekerja pula, dokumen yang diperlukan semasa anda membuat permohonan adalah seperti berikut :
- Arahan majikan yang tertera nama anda untuk mula bertugas.
- Surat panggilan oleh majikan untuk memulakan tugas atau kerja.
- Permit Rentas Negeri iaitu kebenaran pergerakan daripada Ketua Polis Daerah yang meluluskan permohonan anda.
Saringan Dan Temuduga
Anda akan melalui proses saringan dan temuduga oleh KPD sendiri selepas membuat permohonan Permit Rentas Negeri atau urusan kerja yang diluluskan oleh KPD.
Mengapa adanya proses saringan dan temuduga oleh KPD?
Ini adalah kerana untuk mengelakkan sebarang penipuan oleh mereka yang cuba untuk merentas negeri tanpa sebab serta alasan yang kukuh dan munasabah.
Jujur Dan Jangan Menipu
Anda dinasihatkan supaya berlaku jujur ketika membuat permohonan dan tidak menipu pihak polis ketika mengemukakan permohonan rentas negeri serta tidak memalsukan dokumen.
Jika anda tidak mempunyai sebab atau alasan yang kukuh untuk membuat pergerakan rentas negeri, anda dinasihatkan untuk kekal ditempat mana anda berada sekarang.
Sekiranya anda didapati bersalah, anda akan ditahan oleh pihak polis serta didenda kerana memalsukan dokumen serta ingkar arahan yang ditetapkan semasa tempoh PKP ini.
Jadi, jika anda benar-benar ingin memohon permit pergerakan rentas negeri disebabkan alasan yang kukuh seperti pergerakan untuk bekerja, sila kemukakan 3 dokumen tersebut sepertimana yang telah dikongsikan oleh pihak PDRM Kubang Pasu ini.
Ikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dari semasa ke semasa serta ikuti prosedur permohonan seperti mana yang digariskan oleh pihak PDRM untuk memudahkan urusan.
Sumber :