Jangan Diperlakukan Guru Sebegini, Peguam Tawar Khidmat Bantu ‘Ustazah Merangkak’ Ambil Tindakan
Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.
Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut, memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan dengan memberikan free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya.
Beliau juga meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.
Menerusi statusnya, Nurhidayaty berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru.
Sedangkan ada saluran lebih baik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Isu ini menjadi viral apabila video ustazah tersebut sedang merangkak tular di Facebook. Walaupun begitu, video tersebut telah dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.
Bagaimana pun, mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.
Justeru, bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai ustazah itu, sila hubungi puan Nurhidayaty.
Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul.
Sumber : Nurhidayaty Maidin