Info Kerjaya Malaysia

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

1,299

Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

“Alah, temuduga sahaja. Bukannya masuk kerja lagi. Pakai ja apa pun, janji pergi temuduga”. Jangan katakan begini sekiranya anda telah dipanggil untuk temuduga. Memang ada segelintir calon yang merasakan temuduga itu hanyalah perkara biasa sehingga tidak menitik beratkan penampilan diri terutamanya pada bahagian pakaian. Jangan lupa, first impression panel penemuduga terhadap anda.

Jadi, elakkan daripada memakai pakaian seperti yang dikongsikan ini agar temuduga anda berjalan lancar dan anda berjaya untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

5 Jenis Penampilan / Pemakaian Yang Perlu Dielakkan Ketika Temuduga

1. Memakai Stokin Koyak

“Stokin kan pakai di dalam ja? Mana ada siapa-siapa nampak pun”. Apa yang anda perlu lakukan sekiranya tiba-tiba penemuduga meminta anda membuka kasut dan melakukan satu aktiviti yang penting dan markah tinggi terdapat dalam aktiviti tersebut? Malukan sekiranya penemuduga melihat stokin anda yang berlubang dan koyak? Oleh itu, pakailah stokin yang elok dan bersih ketiaka temuduga anda.

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

2. Memakai Pakaian Yang Berbau

Aduh, janganlah jadi seorang yang pengotor dengan memakai baju yang berbau atau baju recycle yang tidak dibasuh. Baru masuk bilik temuduga, penemuduga dah nak pengsan dibuatnya. Pilih baju yang bersih dan wangi untuk hadir temuduga ya.

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

3. Pakai Seluar Jenis Skinny

Walaupun anda tidak memakai seluar jeans, tetapi seluar yang anda pakai sangat ketat. Ada penemuduga jenis yang suka menegur pastiny akan bertanyakan sama ada anda selesa atau tidak memakain seluar yang ketat ketika temuduga. Jadi, elakkan memakai seluar jeni sini kerana ianya ketat dan tidak sesuai dipakai ketika temuduga.

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

4. Pakai Stokin Dengan Sandal

Tak ada kasut bertutup, pakai sandal dan berstokin boleh agaknya. Tidak sama sekali. Tolong ya semua calon lelaki, jangan berpakaian seperti ini ya.

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

5. Salah Butangkan Blazer

Jika blazaer anda mempunyai lebih daripada 1 butang, jangan butangkan ke semua butang yang ada. Butang yang paling bawah biarkan terbuka dan jangan lupa semua butang apabila anda hendak duduk. Jangan buka blazer pula ya.

Lelaki, Elakkan Berpenampilan Seperti Ini Ketika Hadir Temuduga Anda

Nak tahu tak bagaimanakah pemarkahan diberikan kepada calon temuduga terutamanya anda yang mendapat temuduga SPA? Klik sini dan dapatkan senarai checklist pemarkahan temuduga.

close-image