Info Kerjaya Malaysia

Jaga-jaga Ini Strategi Untuk Untung Lebih Kedai Emas. Jangan Sampai Tertipu

4,725

Jaga-Jaga Strategi Untuk Untung Lebih Kedai Emas

Jika anda pergi ke kedai emas untuk membuat pembelian barang kemas, sila berhati-hati dengan  strategi kedai emas untuk mendapatkan keuntungan lebih dan menyebabkan anda rugi besar.

Jangan sampai anda kerugian besar ketika membuat pembelian emas idaman anda.

Jadi, penting untuk anda mempunyai beberapa ilmu mengenai emas. Ini adalah untuk mengelakkan anda ditipu dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bentuk Penipuan Emas

Berikut adalah beberapa bentuk strategi yang selalu dilakukan oleh pemilik kedai emas yang selalu digunakan :

1. Emas Putih Tidak Laku

Cuba anda tunjukkan perhiasan emas anda dan ada chrome putih, pastinya tuan kedai emas akan mengatakan bahawa cincin atau gelang tersebut tidak laku dan akan membeli dengan harga yang paling murah atau tiada orang yang ingin membelinya.

Jangan mudah terpedaya.

Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapatkan untung lebih daripada barang kemas anda. Untuk pengetahuan anda, emas tersebut mempunyai harga yang sama seperti emas biasa. Sekiranya barang kemas anda mempunyai batu, berlian atau permata sahaja emasnya akan ditimbang asing.

Jaga-jaga Ini Strategi Untuk Untung Lebih Kedai Emas. Jangan Sampai Tertipu

2. Harga Yang Sama

Kebanyakan kita salah faham dengan barang kemas yang mempunyai cat chrome pada barang kemas. Barang kemas yang ada chrome dianggap btidak mempunyai  nilai yang tinggi atau langsung tidak bernilai sepertimana barang kemas biasa. Sedangkan harganya adalah sama seperti barang kemas biasa.

3. Chrome 

Chrome bukan emas putih kerana ia adalah saduran cat ke atas emas sahaja. Ia sangat jauh berbeza dengan emas putih. Ia merupakan satu cara untuk mencantikkan barang kemas. Cat chrome pula akan hilang dan barang kemas anda akan kembali kepada warna emas yang asal.

Jaga-jaga Ini Strategi Untuk Untung Lebih Kedai Emas. Jangan Sampai Tertipu

4. Emas kemik atau calar

Tahukah anda bahawa jika barang kemas anda kemik dan calar, barang kemas anda masih lagi berharga seperti biasa. Ini kerana ia akan dipatahkan dan dileburkan untuk dibentuk semula seperti emas biasa.

5. Perbezaan Emas Putih Dan Platinium

  • Emas putih adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’.
  • Dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum.
  • Lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
  • Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa.
  • Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula.
  • Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.

Jaga-jaga Ini Strategi Untuk Untung Lebih Kedai Emas. Jangan Sampai Tertipu

Jadi, anda perlu mempunyai ilmu serba sedikit mengenai emas sebelum anda membuat pembelian atau menjual barang kemas anda di kedai emas. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu hidup-hidup oleh penjual emas yang ingin mengambil kesempatan terhadap anda.

close-image