Info Kerjaya Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional: Internet Percuma Dari April Sehingga Tempoh PKP Tamat

1,281

Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta untuk pakej khas ini dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.

Internet Percuma Dari April Sehingga Tempoh PKP Tamat

Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Ini semua terkandung di dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

close-image