Info Kerjaya Malaysia

Internet 1GB Percuma PENJANA Sudah Boleh Di Akses Dalam Tempoh 24 Jam

4,462

Internet 1GB Percuma PENJANA

Terkini, internet 1GB percuma yang diberikan melalui PENJANA telah dilanjutkan tempoh penggunannya selama 24 jam. Sebelum ini, pengguna hanya boleh menggunakan internet 1GB percuma ini dalam tempoh yang terhad iaitu bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Ia diakui oleh syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (Unifi Mobile) dengan mengeluarkan pernyataan mengenai perkara ini.

Tempoh Akses 24 Jam

Tempoh penggunaan 24 jam ini telah bermula pada 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Internet 1GB Percuma PENJANA Sudah Boleh Di Akses Dalam Tempoh 24 Jam

Kelayakan Tempoh Akses 24 Jam

Semua pelanggan yang aktif untuk pelan pascabayar dan prabayar layak untuk menikmati tempoh akses 24 jam internet 1GB percuma ini.

Tujuan Tempoh Akses Internet 1GB Percuma

Ia bertujuan untuk menyokong keperluan bekerja dan pembelajaran rakyat dari rumah dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan. Jadi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pembekal perkhidmatan mudah alih bersetuju melanjutkan tempoh akses internet 1GB percuma ini kepada 24 jam sehari.

Internet 1GB Percuma PENJANA Sudah Boleh Di Akses Dalam Tempoh 24 Jam

Penggunaan Internet 1GB Percuma

Penggunaan internet 1GB percuma ini terhad untuk aplikasi  tertentu sahaja seperti rujukan berikut. Klik sini untuk dapatkan senarai lengkap aplikasi yang tidak boleh diakses menggunakan Internet 1GB percuma.

Internet 1GB Percuma PENJANA Sudah Boleh Di Akses Dalam Tempoh 24 Jam

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan info selanjutnya mengenai tawaran ini dan cara penebusan, sila hubungi syarikat telekomunikasi masing-masing untuk dapatkan maklumat berkaitan.

  • Celcom Customer Care : 03-7200 2222
  • Maxis Customer Services : 03-7492 2123
  • Digi Help Centre : 016-2211 800
  • TM ( Unifi Mobile) Call Centre : 1-300-88-1221 / 1-300-88-1222 / 1-300-88-8123
  • U Mobile Cutomer Services : 018-388 1318

close-image