Internet 1GB Percuma Untuk Semua Pengguna Setiap Hari Sehingga 31 Disember
Menerusi perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa internet 1GB percuma untuk semua pengguna akan diberikan pada setiap hari sehingga 31 Disember ini.
“Dengan normal baharu, adalah penting untuk kita meneruskan kelangsungan terutama dalam aspek pekerjaan dan pendidikan. Justeru, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1GB secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi seperti persidangan video.
“Perkhidmatan internet percuma ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.
Tambahnya lagi, semua pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan serta aplikasi Covid-19 khususnya MySejahtera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Internet 1GB Percuma ini anda boleh download teks ucapan penuh di bawah.