Info Kerjaya Malaysia

Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE): Anak Muda Selangor Bakal Terima Subsidi RM350 Untuk Ambil Lesen Motosikal

4,455

Subsidi Lesen Motorsikal, RiDE

Apa itu RiDE? RiDE bermaksud Roda Darul Ehsan dan merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan untuk anak muda Selangor. Ia diuruskan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor bagi mereka yang mempunyai lesen Motorsikal B2 pada tahun 2020.

Sasaran RiDE

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan seramai 3,000 anak muda Selangor untuk menerima manfaat RiDE.

Matlamat RiDE

Matlamat utama RiDE ialah untuk menjana sumber pendapatan anak muda Selangor serta keluarga mereka melalui pekerjaan dalam perkhidmatan penghantaran.

Subsidi Lesen Motorsikal RiDE Sebanyak RM350. Mohon Sekarang

Jumlah Subsidi RiDE

Jumlah subsidi RiDE yang akan diberikan kepada anak muda Selangor adalah sebanyak :

  • RM350 sahaja.

Tarikh Pendaftaran Program RiDE

Untuk makluman anda, tarikh pendaftaran program RiDE akan dibuka pada 1 Ogos 2020.

Syarat Kelayakan

Anda berminat untuk membuat permohonan? Semak dahulu syarat kelayakan RiDe yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Inisiatif ini terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  • Permohonan hanya layak bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor, pelupusan dan tamat tempoh. Permohon mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
  • Bagi pemohon yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
  • Permohonan mestilah mendapat pengesahan bermastautin lokaliti kawasan masing-masing.

Cara Membuat Permohonan RiDE

Jika anda layak untuk membuat permohonan, ikuti cara-cara membuat permohonan seperti :

  • Klik pautan ini : MSN SELANGOR
  • Download borang permohonan RiDE.
  • Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  • Sahkan borang anda oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras DUN/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk di Negeri Selangor sahaja.
  • Hantar borang permohonan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut :Urusetia
    Program Inisiatif Roda Darul Ehsan,
    d/a Majlis Sukan Negeri Selangor,
    Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Borang yang dihantar akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dan melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Permohonan yang lulus akan akan dimaklumkan melalui telefon oleh Urusetia program.

Info Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau info selanjutnya mengenai program subsidi RiDE, anda boleh hubungi Majlis Sukan Negeri Selangor di saluran berikut :

close-image