Info Kerjaya Malaysia

Insentif i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

81,457

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KSWP sama seperti ahli lain yang bekerja.

Kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri beserta cara untuk membuat pendaftaran dan semak status kelayakan bantuan suri rumah.

INSENTIF ISURI KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan telah mula berkuatkuasa pada tahun tersebut yang dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Skim ini adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti penceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

FAEDAH I-SURI

Antara faedah bantuan i-Suri ini adalah:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

Individu yang boleh mencarum adalah:

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Suri rumah (isteri)

CARA PENDAFTARAN SKIM I-SURI

Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Untuk membuat pendaftaran, beberapa dokumen diperlukan iaitu:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP?

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  1. Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  2. Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

SOALAN LAZIM i-SURI KWSP

Apa itu Skim i-SURI?

i-Suri adalah produk KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

Tujuan Skim i-SURI?

Pelaksanaan ini adalah bagi mewujudkan jaringan sosial serta memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum wanita.

Bilakah Tarikh Pendaftaran Skim i-SURI?

Pendaftaran bermula 15 Ogos 2018

Siapa Golongan Penerima Manfaat iSuri?

Suri Rumah

Cara Permohonan i-Suri KWSP?

Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-kasih setakat 30 Jun 2018, perlu hadir sendiri kemana-mana 67 cawangan KWSP diseluruh Malaysia bagi membuat pendaftaran i-Suri.

Bagaimana Membuat Semakan Nama e-Kasih?

Semakan nama e-kasih boleh disemak secara online dipautan https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Agensi Yang Bertanggungjawab?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

close-image