Info Kerjaya Malaysia

Duit i-Lestari Tidak Masuk Akaun, KWSP Guna Cek Jurubank Untuk Pengeluaran

49,247

Cek Jurubank KWSP

KWSP akan menggunakan cek jurubank sebagai satu kaedah bayaran kepada penerima sekiranya kaedah pengkreditan terus ke akaun penerima/pemohon gagal dikreditkan disebabkan atas sebab tertentu.

Sebab Wang Gagal Kredit

Antara wang gagal kredit ke akaun penerima adalah disebabkan perkara seperti :

  • Penerima/pemohon gagal memberi maklumat akaun bank dengan betul.
  • Akaun penerima/pemohon tidak aktif.
  • Penerima/pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga seperti suami, ahli keluarga atau kawan.

Contoh Cek Jurubank KWSP

Duit i-Lestari Tidak Masuk Akaun, KWSP Guna Cek Jurubank Untuk Pengeluaran

2 Jenis Pengeluaran Simpanan KWSP

Terdapat 2 jenis pengeluaran simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan oleh pencarum seperti :

  • Pengeluaran Sebahagian

Duit i-Lestari Tidak Masuk Akaun, KWSP Guna Cek Jurubank Untuk Pengeluaran

  • Pengeluaran Penuh

Duit i-Lestari Tidak Masuk Akaun, KWSP Guna Cek Jurubank Untuk Pengeluaran

Jenis Pemindahan / Pengeluaran Wang KWSP

Terdapat beberapa jenis pemindahan / pengeluaran wang KWSP kepada pemohon atau penerima yang menggunakan kaedah cek jurubank adalah seperti :

1. Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pihak KWSP akan membuat bayaran pengeluaran secara Cek Jurubank di atas nama ahli yang memohon pengeluaran i-Lestari sekiranya :

  • Pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga
  • Akaun pemohon tidak aktif
  • Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke pemohon dalam masa 14 hari.

Pemohon / ahli akan menerima cek menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran.

Baca ini juga : i-Lestari KWSP: Pendaftaran Permohonan Pengeluaran Online

2. Akaun Pinjaman Perumahan

Untuk pinjaman perumahan pula, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan ahli / pasangan berdasarkan syarat-syarat berikut :

  • Ahli / pasangan mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik.
  • Pinjaman ahli/pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL.
  • Akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan masih aktif.
  • Nombor pengenalan diri ahli/pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN
    Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).

Bayaran akan diganti dengan Cek Jurubank yang akan dihantar menerusi pos secara mel berdaftar sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli disebabkan rekod pengenalan diri tidak sah atau sebagainya.

3. Institusi Pemberi Pinjaman Perumahan

Pihak KWSP juga akan membuat bayaran pengeluaran secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya :

  • Institusi pemberi pinjaman ahli / pasangan masih belum menyediakan perkhidmatan kaedah bayaran secara pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan.
  • Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP berstatus NPL.

Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat institusi pemberi pinjaman yang dinyatakan dalam Penyata Baki Pinjaman.

Maklumat Tambahan Kepada Ahli KWSP

  • Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].
  • Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].
  • KWSP tidak mengeluarkan sebarang resit atas bayaran pengeluaran yang dibuat kepada pihak ketiga.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai Cek Jurubank KWSP ini, anda boleh terus dapatkan info yang betul dengan menghubungi :

close-image