Info Kerjaya Malaysia

Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Apps. Setting 2 Minit & Terus Guna

333

Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Apps

Peminat tulisan jawi mesti seronok apabila handphone sekarang sudah boleh menaip menggunakan huruf jawi. Perlu install apa-apa apps ke? Tidak perlu. Anda hanya perlu setting dalam masa lebih kurang 2 minit sahaja dan terus boleh gunakan. Mudah betul!

Cara-Cara Untuk Setting Huruf Jawi Di Handphone

Untuk settingkan keyboard huruf jawi pada handphone, anda hanya ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Pilih Setting

  • Anda perlu pergi ke bahagian SETTING KEYBOARD mengikut handphone masing-masing. Bagi sesetangah handphone, anda mungkin perlu pergi ke bahagian ADDITIONAL SETTING untuk pergi kebahagian keyboard.
  • Klik pada bahagian KEYBOARD & INPUT METHOD.
  • Klik pada bahagian AVAILABLE KEYBOARD – MULTILINGUAL TYPING.

Pemilihan Bahasa

  • Pergi ke bahagian setting LANGUAGES dan taip ARAB-MALAY.
  • Pilih MALAY (ARABIC) (MALAYSIA).

Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Apps. Setting 2 Minit & Terus Guna

Klik ADD KEYBOARD

Seterusnya,anda hanya perlu klik ADD KEYBOARD seperti gambar dibawah.

Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Apps. Setting 2 Minit & Terus Guna

  • Setting huruf jawi anda telah siap dan akan kelihatan seperti gambar dibawah.

Taip Huruf Jawi Di Handphone Tanpa Apps. Setting 2 Minit & Terus Guna

Bagaimana Untuk Menukar Ke Tulisan Rumi

Untuk menukar keyboard anda ke tulisan rumi pula, anda hanya lihat icon bumi dan klik sahaja icon bumi tersebut. Secara automatik tulisan di keyboard akan bertukar menjadi tulisan rumi seperti biasa.

Dengan menggunakan keyboard tulisan jawi ini, ia dapat membantu anda untuk menyiapkan tugasan dalam tulisan jawi serta boleh digunakan oleh anak-anak anda yang perlu menyiapkan kerja sekolah dalam tulisan jawi yang diberikan oleh guru sekolah.

Selamat mencuba.

close-image