Info Kerjaya Malaysia

Harga Kereta Perodua Turun Sebanyak 3%-6% Bermula 15 Jun 2020

5,220

Harga Kereta Perodua Turun

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai tempoh pengurangan cukai baru-baru ini, Perodua memaklumkan akan menurunkan harga kereta pengeluaran mereka bagi SEMUA MODEL untuk harga atas jalan tanpa insurans sebanyak 3%-6%.

Harga Kereta Perodua Turun Sebanyak 3%-6% Bermula 15 Jun 2020

Tempoh Pengurangan Cukai

Untuk pengetahuan anda, tempoh pengurangan cukai ini bermula pada 15 Jun 2020 sehingga Disember 2020.

Namun Perodua akan memberikan rebat tunai antara 3%-6% bagi pembelian kereta bermula hari ini sehingga 14 Jun dan akan mengekalkan harga sehingga akhir tahun 2020.

Kuatkuasa Harga Baru Kereta

Senarai harga baru kereta akan berkuatkuasa pada 15 Jun 2020 ini.

“Perodua menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik.

“Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif – bukan sahaja pelanggan tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar. Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu.”

Datuk Zainal Abidin Ahmad (CEO Perodua)

Baca juga : Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / Penjana

Jenis Model Kereta Perodua

Jenis model kereta keluaran Perodua ialah :

  • Myvi
  • Alza
  • Bezza
  • Aruz

Harga Kereta Perodua Turun Sebanyak 3-6% Bermula 15 Jun 2020

“Perdana Menteri turut mengumumkan, model-model kenderaan CKD akan dikecualikan 100% bagi cukai jualan, manakala model-model CBU pula ditolak sebanyak 50% bermula 15 Jun ini sehingga penghujung Disember 2020”.

Datuk Zainal Abidin Ahmad (CEO Perodua)

Baca ini : Resale Value Tinggi Di Malaysia Selepas 5 Tahun. Ini Senarai Kereta RV Tinggi

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui rebat tunai serta senarai harga terbaru kereta keluaran Perodua, anda boleh terus ke Pusat Jualan Perodua yang terdekat atau ke laman web Perodua iaitu :

  • PERODUA
  • Call Centre : 1800 88 6600

close-image