Info Kerjaya Malaysia

Apa Hak Pekerja Bergaji RM2000 Ke Atas Jika Dibuang Kerja, Dipotong Gaji dan Diberi Cuti Tanpa Gaji

10,287

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia termasuklah Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis COVID-10 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Pandemik ini memberi kesan sehingga menyebabkan tercetusnya PKP di seluruh negara. PKP ini memberi impak kepada majikan dan pekerja sehinggakan ada pekerja yang diberhentikan dan diberi cuti tanpa gaji.

Baca: Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja?

PKP kini berbaki beberapa hari sahaja lagi. Para pekerja menanti dengan penuh debaran keputusan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak majikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui hak dan tindakan pekerja bergaji RM2000 ke atas boleh ambil sekiranya diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

HAK PEKERJA BERGAJI RM 2000 KE ATAS

Kita tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang berpendapatan bawah RM 2000 dan juga pekerja manual. Jadi kalau sekiranya mereka ingin membuat aduan tentang majikan yang memotong gaji, memberi cuti tanpa gaji ataupun memaksa pekerja ambil cuti tahunan, pekerja-pekerja ini boleh membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya tindakan diambil terhadap majikan.

Dan tidak dinafikan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) melalui Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memang ada peruntukan yang meliputi pekerja-pekerja yang bergaji RM 2000 ke atas tetapi itu hanya untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja.

Apa pula hak pekerja yang bergaji RM2000 ke atas yang diberhentikan kerja atau menghadapi masalah lain seperti ini:

a) Majikan memotong gaji tanpa sebab

b) Majikan memberikan cuti tanpa gaji

c) Tidak mendapat faedah penamatan apabila diberhentikan kerja

APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL?

1. Seksyen 69B Akta Kerja 1955

Seksyen 69B Akta Kerja 1955 memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk mendengar aduan bagi pekerja bergaji lebih RM 2000 tetapi tidak lebih RM 5000 berkenaan isu yang melibatkan gaji ataupun apa-apa pembayaran secara tunai kepada pekerja.

Oleh itu, pekerja yang bergaji RM 2000 hingga RM 5000 yang mempunyai isu-isu di atas dengan majikan, masih boleh membuat laporan ke JTK di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955.

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi sekiranya mana-mana pihak yang terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

2. Tuntutan Di Mahkamah Sivil

Pekerja-pekerja bergaji RM 2000 ke atas (tiada had maksima gaji) juga boleh membawa isu-isu di atas menerusi tuntutan di mahkamah sivil di bawah pelanggaran kontrak.

Kenapa?

Kerana apabila kita bekerja, kita mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan dan pembayaran gaji seharusnya menjadi salah satu klausa utama dalam kontrak tersebut. Kegagalan majikan untuk membayar gaji penuh kepada pekerja seperti yang termaktub dalam perjanjian merupakan satu perlanggaran kontrak kerja antara majikan dan pekerja.

Tapi sekiranya majikan tak bayar gaji langsung, itu sudah jadi isu lain iaitu isu pembuangan kerja secara konstruktif (constructive dismissal) yang mana boleh dibawa ke JPP.

Semoga bermanfaat!

Sumber

close-image