Tahukah Anda, Guna Telefon Semasa Memandu Akan Terima Notis Hadir Ke Mahkamah Terus? Hati-Hati Ya

1,356

Guna Telefon Semasa Memandu Akan Terima Notis Hadir Ke Mahkamah Terus

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sekiranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu tidak lagi dikenakan kompaun seperti dahulu lagi. Perkara ini telah dijelaskan pada 6 Julai 2020 yang lalu dan sekiranya anda dikesan melakukan kesalahan ini, anda akan terus menerima notis untuk terus hadir ke mahkamah.

Perbezaan Kompaun & Notis Hadir Mahkamah

Jika anda menerima kompaun, anda boleh simpan kompaun tersebut dan boleh membayar pada bila-bila masa serta mendapatkan diskaun untuk membuat pembayaran.

Berbeza dengan notis hadir mahkamah, anda akan dipanggil untuk hadir ke mahkamah dan dinyatakan kesalahan anda.

Kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 tersebut telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Hukuman Kesalahan Menggunakan Telefon Ketika Memandu

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tahukah anda, Guna Telefon Semasa Memandu Akan Terima Notis Hadir Ke Mahkamah Terus?

Kadar Denda Pemandu Mabuk

Sebelum ini juga dibincangkan mengenai kenaikan kadar denda kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kehilangan nyawa pemandu yang lain iaitu sebanyak :

Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan ialah:

  • Dari maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama.
  • RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.
  • Tempoh penggantungan lesen daripada 10 tahun kepada 20 tahun bagi pemandu mabuk.
  • Hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Rujuk sini untuk dapatkan info lanjut mengenai denda baharu kadar denda pemandu mabuk serta Akta yang telah dikuatkuasa untuk menangani masalah ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image