Denda Sehingga RM150,000 Dan Penjara Sehingga 20 Tahun Sedang Menanti Pemandu Mabuk

1,212

Denda Sehingga RM150,000 Dan Penjara Sehingga 20 Tahun Sedang Menanti Pemandu Mabuk

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa mereka yang didapati mabuk ketika memandu akan didenda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen.

Jemaah Menteri pada 24 Jun 2020 telahpun bersetuju secara dasarnya untuk meminda Seksyen 41 hingga 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

“Di bawah Seksyen 44 yang baru, kita sudah mencadangkan kadar penjara maksimum ditetapkan dari 10 tahun dengan pindaan kepada 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.

Tujuan Pemandu Mabuk Didenda Sehingga RM150,000 & Penjara Sehingga 20 Tahun

Tujuan kerajaan berbuat demikian adalah membendung pemanduan mabuk yang menyusahkan orang lain dan jangan biarkan jalan raya di Malaysia sebagai jalan maut kepada pengguna.

Pemandu Mabuk Didenda Sehingga RM150,000 Dan Penjara Sehingga 20 Tahun Jika Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan Kerajaan

Kadar Denda

Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan ialah:

  • Dari maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama.
  • RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.
  • Tempoh penggantungan lesen daripada 10 tahun kepada 20 tahun bagi pemandu mabuk.
  • Hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Seksyen 45(a) juga, memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had, hukuman penjara akan dicadangkan untuk dijadikan hukuman mandatori kepada mereka yang disabitkan kesalahan

Penurunan Kadar Alkohol

Kerajaan juga mempertimbangkan untuk menurunkan kadar alkohol dibenarkan di dalam badan mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti :

  • Nafas : Dari 35 mikrogram (μg) alkohol kepada 22 μg alkohol dalam 100 ml nafas.
  • Darah : Dari 80 miligram (mg) alkohol kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah.
  • Air kencing : Dari 107 mg alkohol kepada 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.

Pemandu Mabuk Didenda Sehingga RM150,000 Dan Penjara Sehingga 20 Tahun Jika Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan Kerajaan

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan bahawa sesiapa yang melebihi had ini akan terus dihukum.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image