Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di UKM Dan IPTA Malaysia

Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di UKM Dan IPTA Malaysia

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dalam negara yang terpilih bagi ambilan sesi 2020/2021.

Syarat Permohonan

Terdapat 2 jenis syarat permohonan seperti :

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2020/2021) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  • Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.

Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di UKM Dan IPTA Malaysia

Syarat Khusus

  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am.
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan minimum Mumtaz.
  • Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2019/2020 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan Biasiswa MAIWP ialah : 1 September 2020.

Calon Yang Tidak Layak Memohon Biasiswa MAIWP

Antara calon yang tidak layak memohon Biasiswa MAIWP seperti :

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra-universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma / Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas
  • Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

Institusi Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa MAIWP

Antara institusi pengajian yang ditawarkan Biasiswa MAIWP ialah :

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  12. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  17. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  18. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di UKM Dan IPTA Malaysia

Bidang Yang Ditawarkan Untuk Biasiswa MAIWP

Antara bidang yang ditawarkan untuk Biasiswa MAIWP ialah :

Peringkat Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda

Bidang Pengajian & Kursus

  • Klinikal dan Kesihatan : Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
  • Sastera : Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
  • Sains Sosial : Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
  • Kejuruteraan : Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai sekarang dengan mengisi borang yang dimuat turun di pautan www.maiwp.gov.my atau dapatkan borang di pejabat MAIWP di alamat :

  • Borang permohonan secara online mesti dicetak menggunakan kertas berwarna PUTIH sahaja dan download disini

  • Pastikan borang lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang lengkap kerana borang dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Bahagian Baitulmal,
    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Aras 1, Bangunan PERKIM,
    No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
    51200 Kuala Lumpur @
    Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA)

Borang yang siap diisi hendaklah dihantar ke :

  • Kaunter Bahagian Baitulmal Aras 1 (Ibu Pejabat)
  • Mana-mana cawangan Baitulmal (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Semakan Status Permohonan

Tiada semakan status kerana calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang tidak berjaya dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Info & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa ini mestilah dibuat pada hari dan waktu bekerja sahaja melalui saluran berikut :

  • Unit Pembangunan Akademik-IPTL : Telefon : 03-4047 7600 / 7411 / 7410 / 7631
You might also like
close-image