Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ~ Senarai Bantuan Lengkap Untuk Rakyat

376

Tidak dinafikan bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial semua masyarakat.

Perdana Menteri telah mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 seperti di bawah untuk memberi bantuan kepada kehidupan rakyat.

  1. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan lain yang terlibat secara langsung dalam COVID-19. Dari RM400 ke RM600 dari 1 April. Elaun khas RM200 kepada Tentera, Polis, Rela, Imigresen, Kastam dan lain-lain yang terlibat dalam COVID-19
  2. Bantuan Prihatin Nasional – pemberian tunai RM1600 secara one off kepada B40. RM1200 kepada golongan M40. RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2000 ke bawah. RM500 kepada individu bujang yang berpendapatan lebih RM2000 sebulan.
  3. BSH akan di bayar pada bulan Julai
  4. Pelajar IPT akan terima RM200 secara one off

Anda boleh tonton video di bawah untuk intipati pengumuman beliau.

Hebahan Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image