Beli Laptop & Smartphone Melalui Skim Pinjaman Komputer Penjawat Awam. Ini 3 Perkakas Komputer Yang Dibenarkan Untuk Pembelian

4,633

Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam

Untuk pengetahuan semua, skim atau kemudahan ini telah diperkenalkan pada 1 Januari 1992 manakala kemudahan pembiayaan smartphone pula telah diumumkan pada Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh YAB Menteri Kewangan Malaysia.

Ia bertujuan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) adalah suatu kemudahan pembiayaan yang diwujudkan bagi membiayai pembelian komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) oleh Pegawai Perkhidmatan Awam.

Jumlah Pembiayaan

Jumah pembiayaan untuk Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam ialah :

  • RM5,000 (maksimum)

Kelayakan Permohonan Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam :

  • Mereka yang bergelar Penjawat Awam iaitu Pegawai yang sedang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan.
  • Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri.
  • Dilantik secara lantikan tetap.
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) ini juga layak membuat permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun dengan syarat pinjaman yang terdahulu telah diselesaikan.

Peralatan Komputer Dan Smartphones Yang Dibenarkan

Terdapat 3 peralatan komputer beserta perkakasnya yang dibenarkan untuk pembiayaan ini ialah :

  • Mesin pencetak / Printer
  • Mesin pengimbas / Scanner
  • Peranti pelbagai fungsi

Nota : Anda boleh membuat pembelian lebih daripada satu unit komputer adalah dibenarkan tetapi mestilah bukan daripada kategori komputer yang sama jenis.

Untuk smartphones pula, pembiayaan untuk pembelian tidak boleh melebihi daripada satu unit dan setiap urusniaga mestilah dilakukan di kedai-kedai peralatam komputer dan smartphones di Malaysia sahaja.

Cara Membuat Permohonan Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam

  • Permohonan dibuat dengan Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (smartphones) Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317).

DOWNLOAD BORANG INI

  • Sediakan borang ini dalam 3 salinan dan kemukakan borang yang lengkap kepada Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan anda.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga dengan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Sebut harga daripada pembekal yang berdaftar berdasarkan undang-undang di Malaysia sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah diterima.
  • Pinjaman yang lulus akan dikreditkan ke akaun bank anda atau anda akan diberikan cek untuk ditunaikan.

Nota : Sila rujuk kerani kewangan jabatan masing-masing untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Komputer & Telefon pintar ini.

Cara Pembayaran Pembiayaan Skim Pinjaman Komputer & Smartphone Penjawat Awam

Pembayaran untuk pembiayaan skim ini adalah melalui potongan gaji pemohon dan tempoh bayaran balik pembiayaa adalah tidak melebihi 48 bulan.

Sekiranya harga belian tersebut adalah melebihi daripada amaun pembiayaan maksimum, pemohon hendaklah menjelaskan sendiri amaun bayaran baki.

Pembiayaan Lulus

Setelah pembiayaan anda lulus, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Anda sudah boleh membuat pembelian komputer atau laptop dengan kadar segera setelah permohonan anda diluluskan.
  • Serahkan resit, invois bagi komputer atau telefon pintar
    (smartphones) yang dibeli kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas EFT/cek bagi amaun pembiayaan diterima.
  • Sekiranya gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pembiayaan tersebut dianggap terbatal.
  • Pemohon hendaklah membayar keseluruhan amaun pembiayaan yang telah diluluskan berserta amaun keuntungan dalam tempoh 30 hari selepas pembatalan.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pekeliling yang telah dikeluarkan ini sebagai panduan.

Beli Laptop & Smartphone Melalui Skim Pinjaman Komputer Penjawat Awam. Ini 3 Perkakas Komputer Yang Dibenarkan Untuk Pembelian

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image