Info Kerjaya Malaysia

Guna Dron Untuk Jana Pendapatan Sehingga RM5,000 Sebulan Dan Mencipta Peluang Pekerjaan Untuk Orang Lain

1,988

Guna Dron Untuk Jana Pendapatan Sehingga RM5,000 Sebulan

Apabila kreativiti mengatasi masalah yang melanda diri, pastinya anda boleh melakukan apa sahaja dan berfikir di luar kotak untuk menjana pendapatan sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berumur 22 tahun iaitu Mohd Saifullah Halim yang kreatif dalam menjana pendapatan serta menggunakan peralatan yang ada iaitu dron.

Guna Dron Untuk Jana Pendapatan Sehingga RM5,000 Sebulan Dan Mencipta Peluang Pekerjaan Untuk Orang Lain

Cipta Peluang Pekerjaan Serta Jana Pendapatan Sendiri

Beliau menawarkan perkhidmatan menyembur racun dan baja dengan menggunakan dron dimana sebelum ini beliau hanya menggunakan dron untuk kegunaan sendiri di sawah milik ahli keluargnya.

Setelah para pesawah yang berdekatan melihat cara penggunaan dron lebih efisen daripada cara yang biasa iaitu meringankan beban pesawah dan mempercepatkan proses menyembur racun serta baja, para petani mula meminta perkhidmatan menyembur racun dan menabur baja daripada Mohd Saifullah Halim.

Secara tidak langsung kaedah ini telah menjadi kerjaya beliau sehingga mampu menjana pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Semburan Guna Dron Sehingga 10 Hektar Sawah

Dengan menggunakan dron, beliau boleh melakukan semburan sehingga 10 hektar sawah sehari.

Bayaran upah yang dikenakan pula :

  • RM12 hingga RM20 bagi setiap 0.29 hektar.

Malahan terkini Mohd Saifullah Halim telah mencipta peluang kerja kepada orang lain dan telah mengambil 2 orang pekerja untuk membantunya.

Guna Dron Untuk Jana Pendapatan Sehingga RM5,000 Sebulan Dan Mencipta Peluang Pekerjaan Untuk Orang Lain

Adakah anda boleh menjadi seorang yang kreatif dan menghasilkan pekerjaan untuk orang lain? Lakukan sesuatu dan jangan tunggu sesuatu pekerjaan datang bergolek kepada anda.

Mungkin pekerjaan yang anda cipta boleh menjadi peluang kerjaya pada orang lain pula.

Bagi anda yang ingin bekerja sebagai seorang freelance dan gemar melakukan pekerjaan secara online, daftar di eRezeki disini dan mohon kerja sekarang.

close-image